Murabbi Ummah, Dr Siddiq Fadhil kembali ke rahmatullah

Murabbi Ummah, Dr Siddiq Fadhil kembali ke rahmatullah

Bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Dr Siddiq Fadzil meninggal dunia kira-kira jam 6.32 petang tadi.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 74 tahun.

“Ustaz Dato Dr Siddiq Fadhil (USF) telah kembali menemui Penciptanya pada jam 6:32 petang Selasa 31 Ogos 2021.

“Jenazah Allahyarham masih berada di hospital dan urusan seterusnya akan di maklumkan kelak. Al-Fatihah,” kata pimpinan Abim yang mewakili keluarga Allahyarham dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, Allahyarham dilaporkan dimasukkan ke hospital akibat jangkitan Covid-19 dan dibantu dengan alat pernafasan.

Allahyarham pernah menjadi Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) dan Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) pada sekitar tahun 1970an.

Dia juga merupakan presiden ketiga Abim dan bekas Presiden Wadah Pencerdasan Umat (Wadah).

Sumber – Malaysiakini