“Murah dan enak bangat” – Pelajar Indonesia puji makanan dalam pusat beli-belah Malaysia murah berbanding di negaranya

“Murah dan enak bangat” – Pelajar Indonesia puji makanan dalam pusat beli-belah Malaysia murah berbanding di negaranya

 

Malaysia sememangnya sebuah negara ‘syurga makanan’. Bukan sahaja disahkan oleh rakyat tempatan, malah turut diakui oleh ramai pelancong dari luar negara.

Baru-baru ini seorang gadis Indonesia memuji harga makanan dalam pusat beli-belah di Kuala Lumpur jauh lebih murah dan berbaloi jika dibandingkan negara kelahirannya.

Menerusi video TikTok @syffnadya dengan serendah RM10, sudah dapat makan makanan yang cukup mengenyangkan. Jika di Indonesia, dia perlu berbelanja dengan jumlah lebih daripada itu.

@syffnadya

Another shick shack shock, p info kenapa ngabisin 200 ribu di Mall Indo kok cepet bgt?! 🥲 #indonesiainmalaysia #indonesia #kualalumpur #rekomendasikuliner

♬ original sound – Syifa | 🇮🇩 studying in 🇲🇾 – Syifa | 🇮🇩 studying in 🇲🇾

Menerusi video berdurasi 1 mint 46 saat itu, pelajar Indonesia tersebut membawa penonton ke Medan Tuanku untuk makan di sebuah restoran yang ada di dalam sebuah pusat beli-belah.

Dia menunjukkan harga-harga yang dipamerkan pada menu sangat berpatutan dan saiz makanan yang diterima amat mengenyangkannya.

Ternyata video pelajar Indonesia itu mencuri perhatian orang ramai apabila ada sesetengah netizen Malaysia sendiri tidak tahu ada makanan-makanan murah dijual murah dalam pusat beli-belah.

Pada masa sama orang ramai turut gembira dengan gadis itu kerana merasai salah satu nikmat makanan yang ada di negara Malaysia ini.

Netizen juga mengakui harga makanan di Indonesia agak mahal, walaupun dibeli pada kawasan warung-warung tepi jalan. Jika beli di dalam pusat beli-belah di negara itu, harganya pasti ‘melambung’ beberapa kali ganda.

Dalam pada itu, seorang warga Indonesia memuji anggot PDRM kerana memberi layanan yang baik semasa melakukan pemeriksaan.