Nad Zainal minta nasihat Nurul Izzah kongsi cara hadap kecaman

Nad Zainal minta nasihat Nurul Izzah kongsi cara hadap kecaman

 

Pelakon jelita, Nad Zainal meminta nasihat daripada seorang ahli politik popular, Nurul Izzah yang juga merupakan anak Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan cara menghadapi kecaman telah berjaya menarik perhatian ramai.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Nad di laman Instagramnya, Nurul Izzah mendedahkan setiap manusia perlu mempunyai sikap empati terhadap individu lain.

“Kita semua akan alami kekecewaan, mungkin kecaman. Pertama, ambil sikap berempati dan jangan mudah lemparkan serangan.

“Kita juga harus memahami ada ruang yang boleh diguna pakai untuk melindungi diri kita terutama apabila terdapat individu melemparkan kecaman dengan cara yang boleh diterima,” katanya.

Bukan itu sahaja, bekas ahli parlimen Permatang Pauh itu menjelaskan kesihatan mental juga perlu dijaga dengan sebaik yang mungkin ketika berhadapan dengan serangan di media sosial.

Malah, dia turut beroesan agar momen yang indah perlu diambil berbanding memikirkan kritikan yang negatif daripada orang ramai.

“Pertama ialah sayang, lindungi diri, menjaga keadaan dan kesihatan mental sendiri.

“Walaupun kita bermuhasabah, tidak bermaksud sesiapa sahaja boleh lemparkan kata-kata kesat. Ini peringatan pada akhir Ramadan, jaga kesihatan mental.

“Untuk mereka yang dikecam dan mengecam, letaklah satu jarak untuk melindungi diri. Padam (komen negatif) sahajalah jika perlu.

“Sehari ada 24 jam sahaja dan pilihlah memori dan ingatan yang indah,” ujarnya.

Terdahulu, Nad Zainal terima teguran ramai dimana dia didakwa berkelakuan sombong dengan tidak memberi senyuman ketika ditegur peminat.