Nafi menghilang, Datin Che’ Puan Norjuma buat pendedahan mengejutkan, “Satu saya selalu kena tangkap polis..”

Nafi menghilang, Datin Che’ Puan Norjuma buat pendedahan mengejutkan, “Satu saya selalu kena tangkap polis..”

 

Norjuma Habib Mohamed sebelum ini menjadi bualan gara-gara dia dikenakan perintah waran tangkap oleh mahkamah.

Namun Norjuma gagal ditemui dan seolah-olah menghilang.

Terbaharu melalui TikTok Nona, nampaknya Norjuma buat comeback semula.

Dalam kapsyen, Nona menulis gelarannya Datin Che’ Puan Norjuma.

Menerusi video yang dimuat naik, wanita ini memberi penjelasan tentang status dan empayar tudungnya.

 

Menurutnya lagi dia tiada apa-apa media sosial kerana tdak berbakat untuk menggunakannya.

Malah katanya dia dah ada duit banyak dan kaya dan tak perlu terkejar-kejar meraih populariti di media sosial.

Norjuma juga menafikan dirinya menghilang.

Ke mana Datin Che’ Puan Norjuma menghilang selama ini?

Saya tak hilang ke mana-mana. Satu saya selalu kena tangkap polis..

Dua, saya take time study the industry setelah 13 tahun, 10 tahun dalam industri and we reach a sales more than half million..

Jadi what’s the point for me to terkejar-kejar kalau ada duit banyak-banyak, nak berkejar-kejar, nak bersosial media, nak kehulur kehilir.. itu rasanya macam i already done that.