Nafi rujuk dengan Shuk Sahar, Sera amuk sering kena ‘provoke’

Nafi rujuk dengan Shuk Sahar, Sera amuk sering kena ‘provoke’

 

Kisah rumah tangga pelawak, Shuk Sahar dan Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Sera sememangnya menjadi perhatian ramai sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Ramai menyangka kemelut rumah tangga mereka sudah selesai setelah masing-masing menunaikan umrah bersama baru-baru ini.

Namun, sangkaan tersebut meleset apabila Sera memuat naik beberapa tangkapan layar mesej yang dihantar oleh orang ketiga kepada pelawak berkenaan.

Merentan tak sudah lagi

Dalam pada itu, wanita asal Sabah berkenaan turut berkongsi tangkapan layar mesej yang dihantar Shuk mengajaknya untuk berbaik namun dia menegaskan sudah tidak mempunyai perasaan terhadap lelaki itu.

Sentiasa sokong Shuk, tapi ‘orang ketiga’ tak sudah2 ganggu

Sera juga mengatakan yang Shuk sudah berusaha menjadi lebih baik namun ‘orang ketiga’ tidak sudah-sudah menganggu mereka dengan membuat pelbagai ugutan termasuklah melibatkan anak-anak mereka.

Dia memaklumkan yang wanita terbabit tidak henti-henti memaki hamun dan membuat ‘kecoh’ sedangkan Shuk sudah berusaha untuk bercakap dengan baik.

Lebih selesa sebagai kawan

Ujar Sera, hubungannya dengan Shuk sekarang tak lebih sebagai kawan dan dia merasakan perkara itu lebih baik berbanding mereka sebagai suami isteri.

Jelasnya, sekarang dia bukanlah seorang wanita yang boleh diugut dan ditakut-takutkan seperti dulu sehingga kehidupannya selama 4 tahun dalam perkahwinan cukup menderita.

Dengan bos Shuk pun ‘orang ketiga’ maki

Terdahulu, Shuk atau nama sebenarnya Mohammmad Shukri Mohamed Sahar dan Sera telah menunaikan umrah bersama setelah melalui pelbagai episod duka dalam perkahwinan mereka.

Namun, mereka mengatakan keputusan mahkamah hanya akan diketahui apabila mereka pulang dari Tanah Suci dan menerima semua keputusan sama ada berpisah atau tidak dengan hati terbuka.