Najib kerah peguam barunya fail tangguh rayuan kes SRCnya

Najib kerah peguam barunya fail tangguh rayuan kes SRCnya

Peguam yang baru dilantik Najib membuat permohonan kepada Mahkamah Persekutuan untuk menangguhkan pendengaran selama 10 hari bagi rayuan kes rasuah SRC International berjumlah RM42 juta, yang dijadual bulan depan.

Menurut surat daripada firma guaman Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners kepada Mahkamah Persekutuan hari ini, pasukan peguam baru itu berkat ini kerana mereka baru saja dilantik untuk mewakili bekas perdana menteri itu.

Surat itu, yang ditandatangani peguam Liew Teck Huat, menyatakan Najib telah mengarahkan mereka untuk memohon penangguhan pendengaran, yang kini dijadualkan berlangsung pada 15 hingga 26 Ogos.

Liew berkata permohonan itu dibuat atas sebab “satu rombongan baru telah mengambil alih pengendalian perkara di atas bagi pihak perayu”.

Katanya lagi, pasukan peguam baru yang diketuai Hisyam Teh Poh Teik (gambar, atas) akan mewakili Najib dalam rayuan kes SRC, dengan dirinya dan Rueben Mathiaravanam sebagai kaunsel bersama.

“Kami dengan ikhlasnya memohon maaf kepada mahkamah yang mulia ini bagi segala kesulitan yang dialami yang berbangkit daripada permohonan ini.

“Kami juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada jasa baik pihak mahkamah yang mulia ini dalam mempertimbangkan perkara ini,” katanya.

Dalam surat itu, firma guaman itu berkata mereka juga diarahkan Najib untuk menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan permohonan Najib agar peguam diraja United Kingdom, Jonathan Laidlaw untuk mewakilinya dalam rayuan ini.

Shafee digugurkan

Terdahulu hari ini, Najib dilaporkan firma guaman Firma peguam Shafee & Co, milik Muhammad Shafee Abdullah, sebagai peguam mewakilinya bagi rayuan ini.

Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 10 hari bagi mendengar rayuan akhir Najib bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadapnya.

Ia bagi satu pertuduhan salah guna kuasa, tiga pertuduhan pecah amanah jenayah dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan dana RM42 juta milik SRC.

Pada 8 Disember 2021, Mahkamah Rayuan menolak permohonan Najib untuk menmbatalkan keputusan yang dibuat hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang menjatuhkan hukuman bersalah dan hukuman itu terhadapnya.

Sebelum menjadi milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD), SRC adalah subsidiari milik penuh 1MDB. 1MDB juga milik penuh MKD.


²⁰Selain bekas perdana menteri, Najib juga pernah menjadi menteri kewangan, penasihat emeritus SRC dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB.