Nak cuba bidang baru, Hael Husaini kini jadi pelakon

Nak cuba bidang baru, Hael Husaini kini jadi pelakon

 

Penyanyi Hael Husaini nampaknya mahu mencuba bidang baru apabila kini menjadi pelakon selepas 17 tahun bergelar penyanyi dan komposer.

Memetik Astro Gempak, Hael berkata dia teruja apatah lagi bidang lakonan antara cabang yang baru buat dirinya serta sanggup mengikuti jelas lakonan.

“Saya sanggup jalani kelas lakonan hanya untuk drama My Famous Ex Boyfriend yang ditawarkan oleh Astro,” katanya.

Hael turut mendedahkan sebelum ini ada beberapa pengarah menawarkan dirinya untuk berlakon namun ianya ditolak.

“Hael telak menolak pelawaan beberapa pengarah sebelum ini, namun terpanggil dan bersetuju untuk menerima drama ini kerana kesesuaian watak yang diberikan dengan diri Hael sendiri,” katanya.

Difahamkan, drama My Famous Ex Boyfriend turut dilakonkan oleh Nadhir Nassar dan Qistina Karim. Drama tersebut akan ditayang dalam slot Megadrama di Astro Ria.