“Nak jadi pelakon ke pelac*r?” – Dakwa heroin drama tersuka Alif Aziz, Nabila Huda ‘sound’ pelakon baru

“Nak jadi pelakon ke pelac*r?” – Dakwa heroin drama tersuka Alif Aziz, Nabila Huda ‘sound’ pelakon baru

 

Gara-gara pendedahan Bella Astillah mengenai dakwaan seorang pelakon wanita yang bergandingan dengan Aliff Aziz telah mengganggu rumah tangga yang dibina, pelakon Nabila Huda tampil memberi respon ‘pedas’ terhadap isu itu.

Nabila meluahkan rasa kurang senang terhadap tindakan pelakon wanita itu yang telah melampaui batas dan melazimkan tabiat cinta di lokasi penggambaran.

Siapa perempuan tu? Yang shoot sekali dengan Aliff tu ke? New actor tu kan? Meh sini aku ganyang dia mengada TER suka suami orang.

Nak jadi pelakon ke nak jadi pelacur kat set? Itu antara salah satu sebab yang boleh merosakkan kerjaya sebagai seorang pelakon.

Kata Nabila, pelakon wanita itu seolah-olah tidak boleh mengawal nafsu tapi lebih kepada ‘menyundal’ di set penggambaran.

Dia juga meminta agar aktres itu lebih fokus kepada kerjaya dan menjadi pelakon wanita yang baik dan bukannya pelacur.

@xtra_my

Alamak. Pelakon wanita mana yang cuba nak try Aliff Aziz ni? 😠 Berani mati call suami orang sampai 7, 8 kali, siap mengaku suka suami orang 🥵 Jom dengar cerita Bella Astillah. #fyp #xtramy #familiduotv3 #bellaastillah #aliffaziz #komen #beritaditiktok #sembangentertainment

♬ original sound – XTRA – XTRA

komen nabila huda

“Focus on what you’are doing. Be a good actress! Bukan be a good prostitute. Faham?” tulisnya lagi di ruangan komen satu hantaran Instagram.

Terdahulu, Bella Astillah mendedahkan bahawa suaminya kerap menerima panggilan dan pesanan ringkas daripada pelakon wanita itu. Malah, aktres itu ada menghubungi Bella dan mengakui khilafnya yang ‘tersuka’ pada Aliff.

bella astillah aliff aziz