Nak langsaikan semua hutang sempena Ramadan, ini cara mudah yang anda boleh buat
Bulan Ramadan adalah bulan buat kita memperbaiki diri, untuk jadi muslim yang lebih baik. Inilah bulan di mana kita akan berlumba-lumba berbuat kebaikan dan tingkatkan amal dan ibadah.
Tapi, dalam korang cuba menambah baik solat bersama amalan sunat, jangan lupa juga untuk cuba sedaya-upaya buat langsaikan hutang yang ada.
Kerana Sabda Rasulullah SAW: Penundaan orang yang mampu (untuk membayar hutang), adalah perbuatan zalim. – [HR Al-Bukhari]
Jadi admin nak tunjukkan cara, macam mana nak selesaikan hutang-hutang korang tu sempena Ramadan ini. Mudah je!
Mesti ramai yang dah tak sabar nak shopping sakan sempena raya nanti kan? Kami faham akan keterujaan korang tetapi kena berhati-hati bila berbelanja agar tidak terbeban dengan hutang di kemudian hari.
Macam mana nak pastikan perbelanjaan korang sudahnya tidak menjadi beban? Mudah je, korang perlukan perancangan kewangan yang strategik dengan bantuan coach kewangan di CSA Academy (CSA).
Berita baik buat semua, terutama sekali penjawat awam. CSA tawarkan bantuan Coach Kewangan untuk kakitangan kerajaan secara percuma!
Jangan risau, CSA sama sekali tidak akan menyekat perbelanjaan korang. Sebaliknya mereka berazam untuk memperkasakan orang ramai dengan pengetahuan kewangan yang baik.
Coach kewangan akan membantu korang untuk menyediakan pelan pembayaran terbaik dan bersesuaian dengan gaya hidup korang.
CSA merupakan institut perunding kewangan dengan pengalaman lebih sedekad dalam bidang ini. Mereka telah membantu ramai individu untuk langsaikan masalah hutang yang membelenggu kehidupan peminjam.
Mereka komited untuk memastikan setiap isi rumah dapat keluar daripada bahaya hutang demi kehidupan yang lebih harmoni dan bebas tekanan.
Ziana Zain, Dato’ Jalaluddin Hassan & Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor pun sokong usaha bebas hutang ni
Ziana Zain, Dato’ Jalaluddin Hasan dan Dr. Sheikh Muszaphar telah dilantik sebagai duta rasmi CSA, ketiga-tiga individu berpengaruh ini komited untuk mengajak masyarakat hidup tanpa bebanan hutang.
Mereka juga menyokong penuh usaha CSA yang ingin membantu masyarakat buat keluar dari masalah kewangan.
Antara program yang ditawarkan CSA khas untuk penjawat awam:
- Seminar awam & program pendidikan
- Bimbingan kewangan peribadi sepanjang hayat
- Laporan analisis kewangan individu dan keluarga
- Strategi dan ekosistem penyelesaian hutang
- Program bebas hutang
Sempena bulan mulia ini, CSA ingin membimbing korang untuk menikmati perbelanjaan tanpa rasa bimbang, memastikan setiap ringgit yang dibelanjakan tidak sekadar membawa gembiraan sementara tetapi mampu menjamin kesejahteraan kewangan jangka panjang.
Dengan kepakaran Coach Kewangan CSA, korang boleh menghayati Ramadan sepenuhnya dan berbelanja untuk persiapan raya tanpa meningkatkan bebanan kewangan.
Dah tak sabar nak mulakan hidup baru tanpa hutang? Jom ketahui dengan lebih lanjut tentang program CSA di https://csaacademy.vip atau ikuti Instagram mereka di SINI.
Korang juga boleh dapatkan semakan kewangan secara percuma secara atas talian di SINI.
*Tertakluk kepada terma dan syarat