Nak tahu apa beza udang belaan & udang laut? Jom tengok penjelasan abang ni..

Nak tahu apa beza udang belaan & udang laut? Jom tengok penjelasan abang ni..

 

Udang merupakan haiwan laut yang digemari ramai, tidak kisah sama ada dimasak menggunakan cara apa sekalipun, ia tetap akan dinikmati dengan lazat.

Seperti haiwan yang lain, udang juga mempunyai pelbagai jenis. Daripada segi saiz dan asal usul ia boleh dilihat melalui bentuk dan warna yang dipaparkan oleh udang tersebut.

Dalam pada itu, lelaki yang bernama @ceoofisher berkongsi kepada orang ramai perbezaan antara udang belaan dan udang laut.

Menerusi video itu, dia memaklumkan perbezaan ketara yang boleh dilihat antara dua udang ini ialah berdasarkan warnanya.

“Udang bela ini mesti gelap, tidak kira udang harimau atau apa-apa jenis pun,” katanya.

Menurutnya kebiasaannya udang laut berwarna coklat gelap seperti yang sering dijual di pasar atau pusat beli belah.

Tambahnya juga, warna udang belaan itu sama seperti udang jenis harimau yang merupakan udang air laut yang sesuai diternak di dalam kolam.

Ujarnya, sekiranya pergi ke pasar tani dan peniaga mendakwa udang gelap itu adalah udang laut, sebagai pembeli kita boleh bertanya kembali kepadanya untuk pengesahan.

Ini kerana untuk mengelakkan sebarang penipuan dalam jual beli barang.

“Udang laut bebas, ia tidak akan gelap. Lagi satu udang ini tidak akan dapat dibawa pulang secara bertan.

“Paling banyak pernah saya nampak, sama ada 20 kilogram atau kurang apabila turun di laut,” terangnya.

Bagi udang laut pula, ia mempunyai warna yang kekuning-kuningan atau warna yang terang.

Kulit udang bela nipis, kulit udang laut keras

Difahamkan, udang belaan  mempunyai kulit yang nipis kerana ia tidak perlu bersembunyi di dalam pasir.

Berbanding dengan udang laut, haiwan itu mempunyai kulit yang tebal dan keras kerana perlu berselindung di permukaan pasir.

Daripada segi rasa, udang laut mempunyai rasa yang manis dan mudah dibersihkan, tidak seperti udang belaan.

Ia juga lebih mudah dikupas selepas dimasak berbanding udang belaan.

Dalam pada itu, dia menjelaskan jika udang berwarna gelap ditemui semasa menjala di laut, ia berkemungkinan ‘sangkar pecah’.

Orang ramai juga tidak melepaskan peluang menceritakan pengalaman mereka semasa menjala. Rata-rata orang awam menyatakan mereka sering dapat udang berwarna gelap berbanding kekuningan itu.

Walau bagaimanapun, dia menerangkan kemungkinan udang itu terlepas daripada tempat asalnya, seperti udang harimau bela yang terlepas ke laut.

@ceooffisher

UDANG BELA VS UDANG LAUT BEBAS 😳#nelayan #tiktokguru #friendfreshfish

♬ bunyi asal – FriendFreshFish – FriendFreshFish