“Nak tahu juga apa rasa” – Bella Astillah idam watak penyondol

“Nak tahu juga apa rasa” – Bella Astillah idam watak penyondol

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah terbuka untuk menerima sebarang watak termasuk ‘penyondol’ atau perampas kebahagiaan rumah tangga orang dalam lakonannya selepas ini.

Menurut laporan Utusan, pelakon berusia 29 tahun itu berkata, pemilihan tersebut dianggap sebagai proses pembelajaran supaya dapat menjadi lebih menyerlah dalam bidang lakonan.

Teringin watak ‘penyondol’

 

“Teringin juga cuba, kalau ada saya terima sebab realiti kehidupan memang sudah ada (penyondol).
“Saya okay sahaja sebab hendak tahu juga apa yang mereka (penyondol) rasa? Seronok ke? Bukankah hidup akan menjadi tidak tenang, rasa takut,” katanya.

Mengulas lanjut, pelakon drama Aku Tanpa Cintamu itu menyifatkan watak tersebut berjaya sekiranya terdapat penonton yang meluahkan rasa benci terhadap dirinya.

“Bila sudah jadi pelakon kita akan cuba apa juga watak yang diberi. Daripada situ kita akan melalui pengalaman. Kalau tak buat, sampai bila-bila kita tidak akan melalui proses tersebut,” ujarnya.

Sementara itu, Bella memaklumkan, dia juga ada meminta pandangan daripada suaminya yang juga pelakon, Aliff Aziz sebelum menerima sebarang tawaran lakonan.

“Begitu juga dengan Aliff, kita sama-sama berkongsi. Aliff pun akan tanya pandangan saya kalau dapat tawaran. Kalau dulu kita masing-masing, sekarang kita lebih banyak berkongsi,” katanya.

Terdahulu, rumah tangga pasangan itu beberapa kali diuji dan mereka pernah bercerai pada Mei 2019 namun disatukan semula pada April 2020.

Hasil perkahwinan, Bella dan Aliff dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Ayden Adrian, 6, dan Ara Adreanna yang kini berusia tiga tahun.