Nama Ira Kazar tercicir daripada senarai menantu hebat Datin Patimah

Nama Ira Kazar tercicir daripada senarai menantu hebat Datin Patimah

 

Ibu kepada pengarah terkenal, Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail meluahkan rasa bangga apabila beliau memiliki tiga orang menantu yang hebat seperti Nazariah Harun, Puteri Sarah Liyana dan Aeisyah Zainal.

Perkongsian tersebut didedahkan oleh Patimah menerusi IG storynya baru-baru ini namun, apa yang menarik perhatian ramai adalah nama Ira Kazar iaitu isteri kedua Syamsul Yusof tidak dinyatakan dalam hantaran itu.

“Kami ada tiga orang menantu yang hebat-hebat. Cukuplah Nazariah Harun, Puteri Sarah Liyana dan Aeisyah Zainal,” ujarnya.

Patimah yang juga isteri penerbit terkemuka, Datuk Yusof Haslam mendedahkan dia tidak mahu memaafkan keluarga Ira Kazar atas tindakan yang dilakukan oleh mereka kerana telah meruntuhkan kebahagiaan menantunya, Puteri Sarah Liyana.

Malah, Patimah juga pernah memaklumkan kepada umum bahawa Puteri Sarah hanya satu-satunya menantu kesayangan dalam keluarga.

Terdahulu, dunia hiburan telah dikejutkan ramai apabila Syamsul Yusof membuat pengakuan pada 6 Januari lalu dimana dia sudah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand dengan berwalikan bapa pengantin perempuan, Kazar Saisi.

Bukan itu sahaja, Puteri Sarah juga telah bernekad dengan memfailkan penceraian di Mahkamah Syariah pada Isnin ini dan perkara tersebut disahkan sendiri oleh  peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakilinya.