Namakan Muhyiddin sebagai PM ke-10, Gerakan kekal tolak Pas pimpin Malaysia

Namakan Muhyiddin sebagai PM ke-10, Gerakan kekal tolak Pas pimpin Malaysia

Perikatan Nasional (PN) mengumumkan akan menjadikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-10 jika mereka memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Perkara itu dinyatakan oleh Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai.

Menurutnya, gabungan parti dalam PN akan menumpukan kekuatan dan perpaduan bagi memenangi PRU15 seterusnya mengambil alih kerajaan Persekutuan.

Memetik laporan Sinar, beliau berkata demikian semasa berucap pada Konvensyen PN 2022 dan sambutan Ulang Tahun PN Kedua di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) pada Sabtu.

Bagaimanapun, Dominic Lau mengakui, untuk mencapai impian bagi memenangi PRU15 itu bukan senang.

“Untuk mencapai impian ini kita mesti mendapatkan mandat dan sokongan undi daripada rakyat Malaysia,” ujar beliau.

Tegasnya, PN perlu memperoleh undi semua lapisan masyarakat di negara ini yang terdiri daripada berbilang kaum, agama dan budaya.