Nampak lintah melekat di hidung masa nak selfie, gadis ini siap boleh ketawa lagi

Nampak lintah melekat di hidung masa nak selfie, gadis ini siap boleh ketawa lagi

 

Bila berhadapan dengan binatang seperti lintah atau pacat, pastinya semua akan merasa geli untuk memegang dan mencabutnya.

Namun wanita dari Indonesia ini selamba sahaja mencabut lintah menggunakan tangan.

Menerusi satu klip video yang dimuat naik di Instagram @infomdr, kelihatan wanita itu dan rakannya membuka pelitup muka untuk berswafoto.

Video tersebut dengan kapsyen ‘adakah dia tidak merasa ada lintah di hidungnya hingga buka pelitup baru nampak’ mendapat lebih 13,000 tontonan.

 

Walaupun ada seekor lintah di hidungnya, wanita tersebut tidak menjerit malah tergelak bersama rakannya.

Video tersebut mendapat reaksi pelbagai daripada netizen yang terkejut dengan cara wanita itu mengawal situasi.

“Saya bayangkan lintah sahaja menakutkan, lebih-lebih lagi apabila ia melekat pada badan,” komen seorang netizen

“Masih boleh ketawa,” kata Khoirunnisa.

Musim hujan ini memang biasanya ada lintah dan pacat terutamanya di kawasan kampung, jadi bolehlah berhati-hati.