Naya!!! Dek kerana lantang menegur KP KKM secara terbuka, netizen halau Lana berpindah ke negara suaminya
TINDAKAN lantang Lana Nordin meminta Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah meletak jawatan akhirnya memakan diri selepas dia akhirnya dikecam netizen yang tidak bersetuju dengan pendapat pelakon itu.
Rata-rata netizen kurang senang dan menganggap pelakon berkenaan terlalu biadab dan menjejaskan imej petugas barisan hadapan yang sedang bertungkus lumus menyelamatkan pesakit Covid-19.
Malah ada yang beranggapan Lana bukan individu yang layak berkata demikian berikutan tidak berada di tempat anggota kesihatan itu.
“Saya hormat orang tak ambil vaksin sebab semua orang ada pendapat. Tapi sis try hard sangat nak cari salah kerajaan dan frondliner. Bercakap macam kalahkan doktor buat research bertahun-tahun. Nanti kalau sakit jangan cari doktor sebab you kata mereka semua berlakon.
“Pi balik negara suami awak… menyemak je duduk sini. Frontliner punya bergadai nyawa, kau bercakap pakai kepala lutut. Hang turun la jadi doktor.
“Terkejutnya tengok bahasa sis Lana. Dulu kita support you sangat… kesian sebab anak you sakit. Kesian frontliner, sis jgn buat macam kita semua tahu,” antara komen netizen.
Terdahulu, Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin, 41 memuat naik rantaian pendapat di Instastory yang antara lain menyifatkan tindakan Noor Hisham hanyalah lakonan semata-mata bagi memperdaya rakyat Malaysia.
Dia juga tidak berpuas hati dan menganggap penjawat awam itu berselindung di sebalik wajah yang pura-pura sedih dan penat.
“Hebat lakonan. Kalah drama Melayu dekat slot Samarinda. Hebat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Tahniah DG. Kau ni sepatutnya step down dah.
“Tak habis-habis buat muka kesian dan menangis penat. Entah-entah semua itu berlakon sahaja,” tulisnya di Instastory.
Tambah Lana lagi, dia berasa simpati dengan nasib rakyat Malaysia yang menganggap Noor Hisham sebagai individu yang prihatin terhadap rakyat, namun mendakwa apa yang berlaku adalah sebaliknya.
“Sedih rakyat Malaysia kononnya kata kamu sangatlah prihatin kepada rakyat. Sedangkan?,” katanya.
Sementara itu, pada posting yang lain, pelakon Aku Yang Bergelar Isteri ini dilabel sebagai anti vaksin dan cuba untuk menghasut orang ramai dengan mempersoalkan keberkesanan pelali yang diberikan kepada rakyat Malaysia.
“Anyway… hanya kerana vaksin ni aku masih was-was dah kena cop sebagai anti vaksin.
“Pelik sungguh pemikiran orang sekarang nak beritahu fakta apa yang terjadi dengan rakyat yang dah ambil vaksin kata aku menghasut,” katanya.
Bagaimanapun, usaha pihak mStar untuk menghubungi Lana bagi mendapatkan komen lanjut mengenai perkara ini masih belum menerima sebarang respons.
Sumber – MStar