Neelofa enggan buka mulut isu rumah tangga Nabila, hormat privasi kakak

Neelofa enggan buka mulut isu rumah tangga Nabila, hormat privasi kakak

Usahawan dan pengacara popular Neelofa enggan mengulas lanjut berkenaan isu rumah tangga kakaknya, Noor Nabila yang didakwa sudah bercerai.

Menurut Neelofa, dia tidak mahu memberikan komen yang boleh mengeruhkan keadaan demi menghormati privasi kakaknya.

“Saya tak nak komen apa-apa. Lebih baik saya tidak komen apa-apa. Lebih baik saya mendoakan saja.

“Sudah tentu sebagai ahli keluarga dan juga adik beradik, saya mendoakan yang terbaik. Jadi saya tak mahu komen apa-apa,” katanya.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Neelofa ketika di pelancaran koleksi Warisan di butik Naelofar di KL East Mall, pagi tadi.

Terdahulu, timbul dakwaan rumah tangga Noor Nabila dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin yang dikatakan sudah retak menanti belah.

Malah, sumber rapat kepada pasangan itu turut menyatakan mereka sudah tidak tinggal sebumbung dan dikatakan dalam proses perceraian.

Sebelum ini, Nabila dan Engku Emran berkahwin pada 19 Mac 2021.