Neelofa sekali lagi tewas kepada Fazura

Neelofa sekali lagi tewas kepada Fazura

Pelakon dan usahawan Nur Fazura dipilih menerima Anugerah Selebriti Paling Cemerlang tahunan Malaysia bagi kategori wanita sempena Anugerah Jenama Selebriti Usahawan Cemerlang Dunia ke-3, kelmarin.

Fazura menerusi perkongsian di Instagram miliknya hari ini berkata, dia bersyukur dan berterima kasih di atas pengiktirafan yang diterima.

“Faz (panggilan Fazura) mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada suami tercinta Fattah Amin dan puteri tersayang kami, Fatima kerana sokongan dan kasih sayang yang diberikan selama ini.

“Faz juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada abang Faz, Ahmad Faiz yang juga mentor dan rakan perniagaan Faz sejak sedekad lalu. Banyak yang kami lalui bersama.

“Terima kasih juga kepada Team FAZURA yang sentiasa berusaha dengan penuh dedikasi dalam semangat kekeluargaan untuk memajukan perniagaan ini. Saya cintakan anda semua,” tulisnya, seperti dilaporkan Harian Metro.

Menurut Fazura, pengiktirafan yang diraih tidak akan dicapai tanpa sokongan penyokong dan peminat produknya.

“Tidak lupa kepada semua rakan-rakan dan penyokong Faz serta peminat setia produk FAZURA. Faz sangat hargai sokongan dan doa kesayangan semua. Sekali lagi, terima kasih semua dan terus doakan kejayaan kita bersama.. mudah-mudahan…. Amin,” tulisnya lagi.

Pada anugerah sama, pengacara popular Datuk Aznil Nawawi turut menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat.