Nenek 90 tahun bekerja untuk kekal sihat

Nenek 90 tahun bekerja untuk kekal sihat

 

Di Tokyo, tular seorang nenek yang berusia 90 tahun masih gagah bekerja sepanjang 25 tahun di restoran makanan segera (fast food).

Bekerja lima hari seminggu

Menerusi laporan Kumanichi, Tamiko Honda yang berusia 90 tahun boleh dianggap sebagai pekerja paling setia di Jepun kerana masih semangat bekerja lima hari dalam seminggu.

Dikatakan, Honda telah mengulangi rutin sama sepanjang 23 tahun dengan bangun seawal jam empat pagi dan masuk ke tempat kerja pada jam 7.30 pagi, tiada tanda yang menunjukkan dia mahu bersara.

Nenek berusia 90 tahun itu menyatakan bahawa bekerja dan berbual bersama orang ramai mampu memberi motivasi dalam dirinya untuk terus positif.

Saya melakukan yang terbaik sekali lagi hari ini dan saya bersyukur kerana dapat bekerja.

Honda merupakan pekerja paling tua daripada 190,000 staf wanita di restoran ‘fast food’ itu di seluruh negara Jepun.

Difahamkan, keluarga Honda menggalakan wanita itu supaya bersara, namun dia menegaskan bekerja salah satu cara untuk kekal sihat.