Nenek bercucu 16 masih gigih angkat tong gas demi rezeki

Nenek bercucu 16 masih gigih angkat tong gas demi rezeki

Bekerja demi mencari sesuap nasi bukan suatu perkara yang mudah untuk dilakukan. Begitu juga dengan seorang nenek yang sanggup mengangkat tong gas demi kelangsungan hidup.

Nenek kepada 16 orang cucu tersebut bernama Saparisah Abdul Rahmah, berkata dirinya telah melakukan pekerjaan itu sejak 15 tahun yang lalu.

Angkat tong gas

nenek

Saparisah menceritakan bahawa kerjanya termasuk mengangkat, menghantar dan memasang tong gas di rumah pelanggan.

Semasa mula berniaga pada 2004, memang rasa tidak yakin untuk angkat tong gas seberat 12 dan 14 kilogram, tapi lama-kelamaan jadi terbiasa walaupun sakit pinggang semua ada.

Walaupun kerap ditegur pekerjaan tersebut merupakan pekerjaan lelaki, dirinya tetap memilih untuk memekakkan telinga dan terus membantu keluarga.

Apabila saya menghantar gas, ada yang tanya awak perempuan larat ke angkat tong gas. Saya senyum dah teruskan kerja. Zaman ini kita tidak boleh memilih kerja, asalkan halal dan ada minat kita buat sahaja.

Masyallah, semoga dimurahkan rezek