Nenek umur 71 tahun kahwin dengan budak 17 tahun

Nenek umur 71 tahun kahwin dengan budak 17 tahun

 

Kejadian yang berlaku beberapa hari lepas di Indonesia menjadi bualan hangat kerana pasangan ini dengan beraninya mengugut mahu mengambil nyawa masing-masing sekiranya hubungan mereka berdua tidak direstui keluarga

Image from Facebook

Seorang remaja lelaki berumur 16 tahun, Selamat Riyadi yang berasal dari Baturaja di Palembang, Indonesia mengambil keputusan untuk menikahi Rohaya binti Kiagus Muhammad Jakfar yang kini berusia 71 tahun.

Mereka berdua sebenarnya telah menyatakan hasrat untuk berkahwin sebelum ini bahkan merancang untuk berkahwin sebulan sebelum bulan Ramadan. Namun hasrat mereka ditentang ahli keluarga yang menganggap perkahwinan ini tidak sepatutnya berlangsung kerana jarak usia mereka yang agak jauh

Selain itu, hubungan mereka juga dianggap berlainan dengan norma masyarakat di sana.

Walaupun menerima tentangan, mereka tetap mahu berkahwin. Perasaan sayang dan cinta yang terjalin antara Selamat dan Rohaya membuatkan mereka mengambil keputusan berani dengan mengugut mahu membunuh diri sekiranya impian mereka untuk mendirikan rumahtangga tidak mendapat restu keluarga dan masyarakat sekeliling.

Disebabkan bimbang akan terjadi sesuatu yang lebih buruk, ahli keluarga dan orang ramai akhirnya bersetuju dengan penyatuan mereka berdua

Image from Sripoku

Majlis pernikahan pasangan tersebut berlangsung secara sederhana pada 2 Julai yang lalu. Rohaya yang mempunyai beberapa orang cucu juga kelihatan malu-malu semasa majlis itu berlangsung.

Selesai majlis akad nikah, Rohaya kelihatan kekok untuk bergambar bersama suaminya, Selamat Riyadi yang berusia 16 tahun itu.

“Dekatlah lagi mak, senyum dan janganlah tutup mulutnya,” kata salah seorang ahli keluarga Rohaya.

Image from Facebook

Perkenalan mereka bermula 6 bulan yang lalu…

Image from Facebook

Menurut Kuswoyo, ketua kampung tempat di mana mereka berdua tinggal, Selamat mula rapat dengan Rohaya pada 6 bulan yang lepas setelah kedua ibu bapa Selamat bercerai.

“Selepas perceraian itu berlaku, Selamat tinggal bersama keluarga angkat di sini. Dan sekitar 6 bulan yang lepas, dia tinggal bersama Rohaya,” ujar Kuswoyo kepada detik.com.

“Selamat juga pernah sakit demam malaria selama lebih kurang sebulan ketika tinggal di rumah Rohaya. Malahan Rohaya juga menjaga Selamat sepanjang tempoh tersebut seorang diri,” sambungnya lagi.

Kemungkinan peristiwa tersebut memberi kesan mendalam kepada mereka berdua yang akhirnya mengambil keputusan untuk menjadi pasangan suami isteri.

Image from Bangka Pos

Ada yang yakin bahawa perkahwinan mereka ini bukanlah atas dasar harta kerana Selamat dan Rohaya berasal daripada keluarga yang sederhana.

Apa-apa pun, mari kita doakan agar perkahwinan mereka berdua kekal dan bahagia sehingga ke hujung usia. 🙂