Nenek umur 74 tahun jadi mangsa rogol lelaki mabuk

Seorang lelaki dari daerah Samosir dalam wilayah Sumatera Utara berdepan hukuman penjara 15 tahun kerana merogol dan membunuh seorang nenek berusia 74 tahun, lapor laman berita Suara.com semalam.
Suspek yang hanya dikenali sebagai ARH, 35, melakukan jenayah tersebut di rumah mangsa ketika dalam keadaan mabuk.
Menurut pegawai penyiasat dari Unit Siasatan Jenayah Polis Samosir, Asisten Komisioner Polis Suhartono, dalam kejadian yang berlaku pada 29 September lepas, suspek telah pergi ke rumah mangsa selepas meminum arak.