“Nervous 5 kali lafaz” – Bekas mak nyah selamat bernikah dengan bekas pengkid, teruja dapat solat jemaah bersama
Benar kata orang, hidayah itu milik Allah.
Seorang bekas mak nyah baru-baru ini selamat bernikah dengan pilihan hatinya yang juga seorang bekas pengkid.
Adam atau mesra disapa Danny selamat bernikah dengan pilihan hatinya Nurazearah Fateha atau nama pendeknya Yan dalam majlis penuh istimewa di Kluang, Johor.
Menurut laporan mStar, majlis itu berjalan dengan lancar walaupun ketika akad nikah Danny berkongsi dek kerana terlalu gementar, lafaz nikah diucapkannya sebanyak lima kali.
@therealdannyqaseh Kami husband n wife.. Alhamdulillah #fyp #truelove #love #wedding #bigday #DannyYanQaseh @anyooo🐢 @q @dannyqaseh1
Difahamkan, pasangan itu selamat diijab kabul dengan sebentuk cincin emas sebagai mas kahwin namun wang hantaran mereka tidak dinyatakan, selain itu dia turut memberikan lima dulang hantaran berbalas tujuh dari pihak wanita.
“Sepatutnya segala urusan dilakukan sekurang-kurangnya tiga bulan tapi saya dan Yan baru je kenal lima hari terus nak kahwin, jadi masa memang singkat.
Tapi saya bersyukur setelah lebih kurang sebulan setengah berkenalan dan melakukan persiapan, kami berdua akhirnya disatukan juga.
Saya dan Yan sangat lega dengan ketentuan Allah ini apabila majlis berlangsung dengan baik,” katanya.
Sebelum ini, pasangan tersebut tular di media sosial kerana kedua-dua mereka dikatakan terlalu terburu-buru untuk bernikah sehinggakan ada netizen yang menganggap hubungan mereka itu hanya sekadar content.
Namun, pasangan itu menepis segala dakwaan dan membuktikan cinta mereka dengan mengikat hubungan yang sah.
Semoga terus bahagia!