Netizen bengang order nasi goreng sotong tapi saiz sotongnya lebih kecil dari saiz ikan bilis

Netizen bengang order nasi goreng sotong tapi saiz sotongnya lebih kecil dari saiz ikan bilis

 

Nasi goreng merupakan salah satu pilihan popular di Nusantara dan tidak terkecuali juga di Malaysia. Antara hidangan yang popular ialah nasi goreng kampung, nasi goreng pattaya, nasi goreng sotong, nasi goreng cili padi dan nasi goreng ikan masin.

Bagi penggemar makanan laut, semestinya nasi goreng sotong dan nasi goreng ABC menjadi pilihan popular untuk dijadikan santapan.

Namun lain pula ceritanya di negara seberang, semenjak kos sara hidup makin meningkat, harga sotong juga makin meningkat.

Tular isu baru-baru ini mengisahkan seorang lelaki pergi ke kedai makan yang berhampiran dan telah memesan sepinggan nasi goreng sotong di situ.

Dengan rasa teruja tidak sabar untuk menikmati hidangan tersebut, dia terus mencapai garfu dan sudu untuk menjamahnya.

Akan tetapi sebelum dia makan makanan tersebut, tiba-tiba dia tersedar ada sesuatu yang pelik di dalam nasi goreng itu.

Puas dicari sotong yang telah dipesan bersama nasi gorengnya itu rupa-rupanya sotong mini pula yang digunakan!

@050591nick

#sudu besar ke sotong yang kecik😂#for My Pages #for your Pages. #viraltiktok

♬ Bukan Kaleng Kaleng – Yolanda Jarly

Menerusi video yang dimuat naik oleh @050591nick itu, kelihatan saiz sotong itu teramat kecil dan lebih kecil berbanding dengan saiz ikan bilis.

Walaupun sebenarnya dia berasa agak kecewa, akan tetapi dia turut terhibur apabila ditimpa situasi sedemikian.

Ketika artikel ini sedang ditulis, video yang tular ini telah mencecah sebanyak 69.8K tontonan, 1995 tanda suka, dan 223 komen di laman TikTok tersebut.

Menjengah di ruangan komen, warganet juga meluahkan bahawa mereka berasa terhibur melihat sotong ‘gergasi’ itu.