Netizen bongkar pelantikan anak MB, TMB dalam agensi penting negeri Kelantan selepas kecoh kes Nurul Izzah

Netizen bongkar pelantikan anak MB, TMB dalam agensi penting negeri Kelantan selepas kecoh kes Nurul Izzah

 

Selepas pihak pembangkang menyerang perlantikan Nurul Izzah menjadi penasihat pro bono kepada Perdana Menteri, kini pekung di dada mereka pula yang mula dipecahkan.

Rupa-rupanya, kedua pemimpin kanan Pas di Kelantan melantik anak-anak mereka di bawah Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) sebagai pegawai kanan di sana.

Menurut harapandaily, Menteri Besar yang juga Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakub melantik anaknya Nor Azma Hilmah binti Ahmad sebagai Penolong Pengurus Bahagian Perundangan dan Intergriti PKINK.

Padahal, Ahmad adalah Pengerusi kepada PKINK.

Apa yang dibuat oleh Ahmad juga dibuat oleh timbalan beliau, Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah yang juga Ahli Lembaga Pengarah PKINK.

Anak beliau, Ahmad Mujahid bin Mohd Amar Dilantik sebagai Penolong Pengurus Bahagian Perancangan Korporat PKINK.

Selain mereka berdua, anak Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Ustaz Abdullah Yaakub juga dilantik bekerja di bawah kerajaan  negeri Kelantan.

Anak beliau, Muhammad Riyadhul Hanif bin Abdullah tersenarai dalam Pengurusan Tertinggi PTG Kelantan. Beliau adalah Penolong Pengarah Hasil.

Cuma yang membezakan perlantikan ini dengan kes Nurul Izzah adalah beliau tidak dapat gaji. Anak MB, TMB serta Speaker mendapat gaji penuh. Tentu Nurul Izzah tidak berpuashati dengan papa beliau.

Anak MB, TMB Kelantan dilantik pegawai kanan PKINK