Netizen dakwa anak Cikgu Fadli gagal ke SBP kerana ‘celupar’ lawan isu pendidikan di media sosial

Netizen dakwa anak Cikgu Fadli gagal ke SBP kerana ‘celupar’ lawan isu pendidikan di media sosial

SEJAK keputusan bagi tawaran kemasukan pelajar ke tingkatan satu dan empat untuk Sekolah Berasrama Penuh (SBP) keluar pada 17 Mac lalu, pelbagai reaksi yang dikongsikan ibu bapa di media sosial.

Ada yang kecewa kerana mereka sememangnya meletakkan harapan yang tinggi untuk anak-anak menyambung pelajaran di sekolah tersebut dan berharap agar memperoleh peluang kedua menerusi rayuan.

Namun sebahagian yang lain menerima keputusan berkenaan dengan berlapang dada dan lebih senang menganggap ‘tiada rezeki’.

Memahami gelojak rasa yang dirasai kebanyakan ibu bapa ketika ini, seorang guru yang tidak asing lagi di Facebook,

Memetik portal Mstar, Mohd Fadli Salleh, tampil berkongsi pandangannya memandangkan anak lelakinya juga tidak berjaya melanjutkan pelajaran ke SBP.

Kehidupan di sekolah berasrama menjadikan seseorang pelajar itu lebih berdikari. Gambar sekadar hiasan

“SBP ni impian hampir semua ibu bapa dekat Malaysia. Kami pun tak terkecuali. Apa lagi, aku juga merupakan ex-SBP.

Memang aku tahu banyak sangat sisi positif dan kebaikan jika anak dapat SBP.

“Namun pada aku, sekolah harian biasa tak kurang bagusnya. Ramai je pelajar cemerlang saban tahun datang dari sekolah harian biasa,” kongsi Mohd Fadli.

“Aku pula sedikit berat untuk lepaskan anak ke SBP seawal usia 13 tahun. Kalau dapat masuk masa dia tingkatan empat lagi elok.

Jika tak pun, terus je di sekolah biasa sampai tamat sekolah menengah.

“Jarang-jarang balik ke rumah. Aku jenis family man. Suka lihat ahli keluarga ada di sekeliling sahaja. Tambah-tambah masa awal remaja mereka seperti usia 13 hingga 15 tahun ni.

“Tak apa la Shad tak dapat SBP pun. Ayah tak terkilan pun. Bahkan lebih suka Arshad ada kat rumah je,” kongsi guru berkenaan lagi.

Justeru ujarnya, mana-mana ibu bapa yang kecewa sekiranya anak mereka tidak berpeluang ke SBP agar tidak menjadikan perkara tersebut sebagai isu besar kerana setiap sekolah mempunyai kelebihan tersendiri.

“Belajar di sekolah harian biasa pun boleh cemerlang juga. Nanti ada rezeki tingkatan empat kalau dapat masuk SBP, pergilah.

Sebahagian netizen turut sependapat dengan Mohd Fadli.

“Apa pun, tahniah kepada semua anak-anak yang dapat SBP dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Semoga terus maju jaya semuanya,” akhirnya.

Perkongsian berkenaan hingga kini meraih 781 shares di Facebook.

Menjengah ruangan komen, rata-ratanya turut sependapat dengan guru berkenaan.

“Kalau MRSM tak dapat, SBP pun tak dapat maknanya perancangan Allah SWT nak anak tu dekat dengan mak ayah. Perancangan Allah adalah yang terbaik.

“Yakin dengan ketentuan Allah SWT, hati jadi tenang,” demikian antara komen netizen.