Netizen kecam Hattan kurang beradab, jatuhkan air muka pembaca berita
Pemergian vokalis kumpulan XPRC, Mael atau nama sebenarnya Syed Ismail Syed Ibrahim semalam sememangnya mengejutkan banyak pihak terutamanya peminat kumpulan rock lagenda tersebut.
Antara yang diberi peluang berkongsi cerita berkenaan Allahyarham adalah penyanyi senior, Dato’ Hattan sewaktu dihubungi bilik berita sebuah stesen televisyen.
Temu bual dibuat secara siaran langsung
Namun begitu, tular di media sosial potongan video temu bual menerusi panggilan telefon dan disiarkan secara langsung di televisyen berkenaan tindakan Dato’ Hattan ‘menyekolahkan’ pembaca berita yang bertanyakan soalan kepadanya.
@salimey1 Interview live di Astro Awani Berita 501 sebentar tadi, Dato Hattan di temuramah oleh Penyampai berita Astro Awani. WAA : Lirik-lirik lagu-lagu XPDC ini orang kata sangat² makan dalam Dato, apa yang Dato boleh kongsikan DH : Lagu² XPDC banyak di tulis….awak tau tak tau dia punya sejarah ni… WAA : Mungkin Dato boleh ceritakan… DH : U buat kajian ke tak buat kajian ni WAA : heheehhh…silakan Dato.. DH : Dia bukan Mael yang tulis lirik, yang banyak buat lirik untuk XPDC Allahyarham jugak siapa dia kalau u tahu… WAA : Saari Amri… DH : Apa la u ni… WAA : Saari Amri Dato…(penuh confidence) DH : Apa ni u panggil orang yang tahu interview saya laa…apa la u..tak buat homework ke interview pasal mael…. WAA : J.S Kevin datooo.. DH : Haaa baru la betul ada lak Saari Amri, Saari Amri Ukays adoii.. Ni la akibatnya bila interview live wartawan tidak melakukan kajian sebelum menemu bual dengan lagenda rock tanahair Dato Hattan. Saari Amri Mael XPDC Official Astro AWANI #maelxpdc #fyp #fypシ #astroawani @datohattan @saariamriofficial @xpdc_official_kitapengyu #fypシ゚viral
Emosi pula bila orang tak boleh jawab
Penyanyi lagu Mahligai Syahdu itu seakan emosi apabila pembaca berita gagal menjawab dengan tepat pencipta lagu-lagu kumpulan XPDC dan mempersoalkan mengapa pesonaliti TV itu tidak membuat research dahulu sebelum menemu bualnya.
Selepas pembaca berita berkenaan mengucapkan terima kasih kerana memberi sedikit ucapan takziah diatas pemergian Allahyarham Mael, Hattan secara tiba-tiba memutuskan panggilan telefon.
Panggilan telefon dimatikan serta merta
Tindakan tersebut telah mengundang pelbagai kecaman daripada netizen yang merasakan perbuatan penyanyi senior itu kurang beradab.
Mana tidaknya, panggilan telefon itu telah ditonton dan didengar secara langsung dan pastinya membuatkan pembaca berita itu malu.
“Kenapa nak tegur sampai memalukan?”
Ruangan Instagram Hattan juga telah dipenuhi komen dari netizen yang menyelar tindakannya kerana menjatuhkan air muka pembaca berita terbabit.
Mereka juga menasihati Hattan supaya tidak terlalu ‘kekwat’ kerana tidak semua orang mengetahui tentang industri muzik dengan lebih mendalam serta pembaca berita tersebut hanya menjalankan tugas dan bukanlah seorang wartawan hiburan.
Yang iv tu pembaca berita bukan wartawan hiburan
Nasihat adab orang beriya, tapi….
Tak perlu kot malukan orang macam tu