Netizen kecam individu hina pengantin baru, komen berkaitan hubungan intim dan saiz badan

Netizen kecam individu hina pengantin baru, komen berkaitan hubungan intim dan saiz badan

 

Kebiasaannya apabila pasangan baru mendirikan rumah tangga, kita akan mengucapkan tahniah dan ucapan yang baik-baik.

Namun, tular di media sosial tentang komen-komen tidak elok yang diberikan oleh netizen terhadap seorang pempengaruh TikTok.

Menerusi rakaman dimuat naik olehnya itu, pempengaruh tersebut menari ketika memperagakan busana pengantin plus size bersama seorang wanita dipercayai ahli keluarga.

Video tersebut dimuat naik dipercayai bagi tujuan marketing butik baju pengantin plus size namun ia dipenuhi dengan komen yang menghina saiz badan mereka.

Malah sesetengah daripada mereka turut bercakap dan memberi komen berbaur lucah membabitkan hubungan intim pasangan suami isteri.

So ada la pasangan ni baru berkahwin. Both bertubuh besar. Instead of mengucapkan tahniah dan meraikan pasangan baru berkahwin, look at those comments.

Rata-rata warganet di Twitter condemn tentang sikap kebanyakan netizen yang komen perkara lucah terhadap video berkenaan.

@syakirbelon4.0

Alhamdulilah @kayibrahim

♬ original sound – jevanvlogs

Meskipun ia atas tujuan marketing namun tidak perlu seseorang individu itu untuk meninggalkan komen double meaning yang memalukan.