Netizen konfius mana satu pilihan Shuib, Zara Zya atau Watie?

Netizen konfius mana satu pilihan Shuib, Zara Zya atau Watie?

 

Sejak kebelakangan ini, nama pelakon Zara Zya dan pelawak Shuib Sepahtu sering menjadi sorotan warganet.

Mana tidaknya, perkongsian gambar mesra di media sosial telah mencetuskan tanda tanya dan persoalan dalam kalangan netizen mengenai status mereka berdua.

Malah, ada yang memberi ‘restu’ sekiranya mereka berdua ditakdirkan berjodohan.

Status hubungan mesra terjawab akhirnya!

Kini, status hubungan mereka berdua terjawab apabila Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad memuat naik satu video menunjukkan dia dan Zara sedang berada di salah sebuah cawangan terbaharu Bubble Bee yang bakal dirasmikan tidak lama lagi.

Dalam kapsyen hantaran tersebut iaitu ‘Alhamdulillah, dia setuju’ menjawab segala teka-teki selama ini apabila aktres itu bersetuju menerima pelawaannya membuka cawangan air minuman Bubble Bee.

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Meninjau di Insta Story milik Shuib dan Zara, difahamkan kedai itu akan dirasmikan pada 28 Ogos nanti di Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur.

Dah agak, ni semua marketing!

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi dalam kalangan warganet di mana ramai menyatakan sudah dapat ‘agak’ gambar mesra yang tular di media sosial hanyalah sekadar tujuan pemasaran sahaja.