Netizen korek 15 konsert yang dianjurkan ketika PAS jadi kerajaan

Netizen korek 15 konsert yang dianjurkan ketika PAS jadi kerajaan

 

Beberapa hari lalu, Pas mengeluarkan kenyataan menggesa kerajaan membatalkan konsert kumpulan rock terkenal British Coldplay yang dijadualkan di Kuala Lumpur, pada 22 November depan.

Melabelkan persembahan itu sebagai tidak membawa sebarang kebaikan untuk negara, agama dan rakyat negara ini, Pas mempersoalkan jika tindakan kerajaan itu bertujuan mahu menyuburkan budaya hedonisme dan songsang di negara ini.

Menganggap kenyataan parti Islam itu sebagai hipokrit, netizen kembali mengorek semula konsert-konsert pada tahun 2022 ketika Pas adalah sebahagian dari kerajaan.

Ternyata 15 konsert berlangsung sepanjang tahun lalu, di mana ia turut membabitkan konsert dari bintang elektropop Billie Elish yang pernah menjadi kontroversi, dan konsert dari Korea Selatan iaitu Blackpink yang diluluskan sejak 2022 untuk persembahan pada 2023.

Ini antara 15 konsert yang berlangsung sepanjang 2022;

  1. 18 Ogos 2022: Billie Eilish
  2. 9 & 10 September 2022: Dewa 19
  3. 1 Oktober 2022: Fourtwnty
  4. 10 Oktober 2022: Super Junior
  5. 15 Oktober 2022: Boys Like Girls
  6. 25 Oktober 2022: Justin Bieber
  7. 27 Oktober 2022: Calum Scott
  8. 2 November 2022: Rossa
  9. 3 November 2022: Russ
  10. 6 November 2022: LANY
  11. 12 November 2022: NOAH
  12. 19 November 2022: Ungu
  13. 25 November 2022: Boy Pablo
  14. 2 & 3 Disember 2022: Keshi
  15. 17 Disember 2022: Afghan

“Banyak juga konsert lulus zaman Pas jadi kerajaan pusat. Billie Eilish ni 10 kali lebih LGBT dari Coldplay,” komen seorang pengguna Facebook.

“Coldplay ada juga sumbangan yang bermanfaat pada negara dari Pas,” komen pengguna Twitter.

Untuk rekod, Coldplay baru-baru ini mengumumkan kolaborasi mereka bersama The Ocean Cleanup, satu pertubuhan yang tidak berasaskan keuntungan dari Belanda dalam usaha mengatasi masalah pencemaran sampah sarap yang terperangkap di sungai sebelum memasuki ke dasar lautan.

Mungkin ada dalam kalangan netizen yang masih tidak mengetahui sebenarnya, Coldplay pernah menaja sebanyak RM3.2 juta untuk membersihkan sungai di Malaysia.