Netizen luah sangsi sikap ditunjuk agensi penguatkuasaan terhadap salah laku yang disuarakan PM
Sikap pengabaian pihak penguatkuasa terhadap beberapa salah laku yang dibangkitkan oleh Perdana Menteri dalam beberapa siri ucapannya sebelum ini menimbulkan rasa bimbang di kalangan wargamaya.
Menurut seorang pengguna FB yang aktif berkongsikan situasi politik tanah air, saudara Norman Ridzuan, perkara tersebut seakan mengulangi episod kejatuhan kerajaan menerusi Langkah Sheraton hasil bantuan penjawat awam yang masih berkiblatkan pemimpin Perikatan Nasional.
ANTI KLIMAKS BILA SPRM LAMBAT BERTINDAK
Tiga faktor utama penyebab kerajaan ini dlm bahaya
PMX TELAH BERKALI KALI BERITAHU ADA KETIRISAN
Selepas seminggu DS Anwar menjadi PMX, berulang kali beliau menceritakan mengenai berlaku ketirisan dlm perbelanjaan negara . Tapi sehingga kini tiada seorang pun lagi yg didakwa.
Akhirnya PMX berkata bukan tugas beliau utk menyiasat kes rasuah, itu tugas SPRM dan juga bukan tugasnya untuk mendakwa, itu tugas Peguam Negara.
Sedangkan PMX sudah memberi jaminan tidak campur tangan dlm soal ini. Adakah saranan PMX tidak dihormati? Ambil contoh fail mengenai tebatan banjir, Menara Kuala Lumpur dan program Jana Wibawa setiap kes ini terdapat percubaan utk menyedut wang rakyat.
Kata Anwar, “Saya beritahu pegawai penguat kuasa supaya bertegas tidak kira….(siapa) dan kepada rakan rakan Kabinet juga, setiap minggu saya memberitahu mereka bahawa saya tidak akan membela mereka jika ada kesilapan atau bukti menyedut kekayaan negara.”
Cerita kali ini berbeza seperti 2018. Sebaik kerajaan PH menang antara isu yg menggemparkan negara apabila polis menyerbu kediaman mantan PM, Najib Razak. Di situ polis menjumpai barangan dan wang tunai menghampiri RM 1 billion. Keghairahan rakyat semakin bertambah ketika itu…rupa2 Najib itu penyamun.
Sehingga kini tiada kes yg menggemparkan seperti diharapkan rakyat iaitu siasatan dan pendakwaan akan berlaku. Ia benar2 anti klimaks dlm keghairahan rakyat MENAHAN DIRI kehebatan pimpinan PMX.
———————————————————————————-
Ada 3 faktor utama yg boleh dianggap membahayakan yg boleh menggugat kerajaan perpaduan ini utk kekal sepenggal.
a) Tiada dakwaan salah laku kuasa kpd pimpinan terdahulu oleh SPRM. Akhirnya rakyat akn berkata adakah PMX hanya sekadar melahirkan persepsi (fitnah politik) utk melemahkan pembangkang kerana tidak disertakan dgn tindakan. Malah sudah ada kita mendengar tuduhan PMX tidak walk the talk atau talk only no action.
Akhirnya kepercayaan rakyat ke atas dakwaan tersebut terhakis dan malah dianggap fitnah. Bahaya jika menjelang PRN 6 negeri yg hanya 5 bulan lagi jika masih tiada dakwaan dilakukan. Yg kena tempias PMX sdgkan beliau overperform.
b) Kita masih lagi gagal menguasai media sosial. Malah kita gagal mengambil tindakan sewajarnya kpd pemfitnah cybertrooper. Akhirnya kehebatan PMX tertutup dgn fitnah media sosial. Saya berharap menjelang 1 MAC ini kerajaan perpaduan sudah siap siaga pasukan perangnya melawan serangan tanpa henti PN di media sosial.
Saya beri contoh Gong Xi Fa Cai baru2 ini. Di Tik Tok saya lebih byk melihat (nisbah perbandingan 10-1) wajah Muhyiddin dan Hadi Awang menyambut perayaan tersebut anjuran parti Gerakan berbanding kehadiran PMX anjuran parti MCA. Jelas PN masih menguasai media sosial. Ingat di Malaysia jika mana2 parti berjaya menguasai persepsi bermakna parti itu akn menjadi kerajaan.
c) Kerajaan Perpaduan masih mengekalkan ribuan jawatan lantikan politik di dlm kerajaan. Sehingga kini dari maklum balas diterima ramai kakitangan kerajaan terutama lantikan politik silent sabotage kerajaan perpaduan.
Seperti saya katakan jika hanya Menteri baru sahaja cuba membawa agenda reform tetapi tidak melibatkan sebilangan besar kakitangan awam… cita2 reform itu sukar berlaku dan hanya tinggal kenangan.
Formula utk kerajaan perpaduan ini relevan menjelang PRU16 nanti…. atasi ketiga tiga pemasalahan yg diulaskan. Kita kena tegas dan pantas. Jgn jadi seperti tipikal Melayu meeting 10 kali masih tiada keputusan atau action dilakukan.