Netizen minta tips jadi lelaki curang, jawapan tenang Shuk Sahar buat ramai respek

Netizen minta tips jadi lelaki curang, jawapan tenang Shuk Sahar buat ramai respek

 

Umum sedia maklum mengenai konflik rumah tangga yang pernah berlaku terhadap pelakon dan pelawak,Shuk Sahar bersama isterinya, Rossa Sera dimana mahligai mereka dikatakan pernah diganggu oleh pihak ketiga.

Bagaimanapun, pelawka yang berusia 36 tahun itu kembali menjadi bualan netizen apabila dia menegaskan sudah tidak melakukan curang selepas menjawab persoalan daripada salah seorang pengikutnya di laman TikTok.

@shuksahar

Replying to @ZULHILMI HAZWAN meh saya ajaq abg naa…#fypシ #fypシ゚viral #fyp #saranghaeserum #ssbeaute #kulitputih #curang

♬ Pagodão do Birimbola (Tchubirabirom) – Os Quebradeiras & Machadez & Mousik

Dalam video tersebut, seorang lelaki meminta Shuk mengajarnya cara untuk curang namun, permintaan tersebut ditolak oleh pelawak terbabit dengan cara yang baik.

“Minta maaf bang, benda yang abang suruh saya ajar tu, memang saya dah pencen..taubat lahum dah!”  ujarnya.

Terbaik lah jawapan Shuk!

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji jawapan yang diberikan oleh Shuk yang dianggap respon yang sangat matang dan positif tanpa mengeluarkan kata-kata kesat.

Semoga Shuk terus maju

Dalam pada itu, ramai yang mendoakan agar urusan pelawak kelahiran Pulau Pinang itu diprmudahkan selalu dan berharap agar berjaya dalam perniagaan yang sedang dibangunkannya.

Sekadar info, Shuk dan Sera mendirikan rumah tangga pada 2015 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nur Wurratu Ain, 6, dan Nur Assyifatu Aimi, 3.

Bagaimanapun, pada November 2021, Sera memaklumkan dia sudah memfailkan cerai terhadap Shuk dan akan menerima keputusan mahkamah selepas pulang mengerjakan umrah.