Netizen pelik kenapa makin banyak iklan mohon sumbangan derma tahfiz di FB

Netizen pelik kenapa makin banyak iklan mohon sumbangan derma tahfiz di FB

Bila banyak sangat video minta derma oleh pusat tahfiz ni. Rasa macam pusat Tahfiz takda kerajaan yang jaga. Sepatutnya kerajaan tubuh satu badan untuk selesaikan isu pasal sekolah tahfiz.

Sudahlah dikhabarkan sehingga kini hampir 60,000 pelajar tahfiz yang belajar tapi tiada SPM sebab belajar bukan ikut aliran sekolah kebangsaan.

Bagus belajar tahfiz tapi bila dah khatam kerja dekat kilang tayar, kedai tomyam. Kerana apa? Kerana tiada sijil asas untuk mereka menyambung pelajar ke peringkat yang lebih tinggi.

Alasan hantar anak ke sekolah tahfiz adalah antara untuk anak baca doa ketika mereka meninggal nanti. Tapi mereka lupa bahawa pendidikan sempurna dan alquran kedua-dua penting.

Akhir anak yang tiada pendidikan formal menjadi miskin kerana tiada peluang pendidikan sempurna. Malah yang belajar tahfiz pula hanya belajar menghafal tanpa kefahaman ayat yang dihafal.

Bila ditanya maksud dan asbab diturunkan ayat tersebut. Tidak mampu menjawab dengan baik. Kerajaan patut melihat serius perkara ini.

Satu lagi kerajaan jangan dibiar aktiviti pembukaan sekolah tahfiz ni mcm gerai tomyam tepi jalan. Balik luar negeri buka tahfiz dan tanpa perancangan dan hanya mengharap bantuan semata-mata.

Nanti pelajar terbiar kerana aliran tunai yang tertangguh dan kos menjaga pelajar yang kurang menyebabkan pelajar tahfiz kurang makanan dan zat yang perlu untuk pertumbuhan mereka.

Nak tulis lebih-lebih nanti ada yang kata kita cakap pandai tapi tak buat. Pasal kita buat dan jaga sekolah tahfiz la kita tahu masalah sekolah lain yang sedang dihadapi khusus ketika pendamik.

Saya lebih takut tentang masa depan mereka. Tanpa sistem pengurusan tahfiz yang tersusun. Kalau sistem pendidikan kebangsaan dijaga dengan baik. Patut adalah jabatan kerajaan ditubuh untuk pantau pelaksanaan sekolah tahfiz ni.

Biar satu kawasan tu satu sekolah tahfiz supaya jika keperluan kewangan diperlukan kos kewangan boleh disumbang oleh pihak masjid daerah atau masyarakat setempat.

Namun begitu pujian diberikan kepada yang ikhlas membuka sekolah tahfiz. Kerana ada dan bukan semua yg buka sekolah menjadi anak-anak tahfiz asset perniagaan mereka.

Sumber – FB Ahmad Mohamad