Netizen pertikai kerja baiki jalan dibuat waktu ramai pulang beraya – “Kenapa buat sekarang?”

Netizen pertikai kerja baiki jalan dibuat waktu ramai pulang beraya – “Kenapa buat sekarang?”

 

Sejak malam semalam lagi pengguna laluan menghala ke pantai timur mengeluh apabila terdapat kerja-kerja penyelenggaraan jalan raya Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.

Perkara tersebut membangkitkan rasa marah di kalangan pengguna laluan tersebut yang terpaksa berhadapan dengan kesesakan lalu lintas yang sangat teruk sehinggakan ada terpaksa mengambil masa 5 jam untuk sampai Genting Sempah dari Tol Gombak.

Orang ramai mempertikaikan kenapa kerja-kerja penyelenggaraan jalan raya itu tidak dibuat beberapa minggu sebelum ini, yang pada ketika itu masa yang sangat sesuai untuk menambah baik fasiliti lebuh raya tersebut.

Sedangkan semua pihak sudah maklum, setiap tahun kesesakan lalu lintas menjelang hari raya sangat teruk. Untuk sampai ke destinasi masing-masing, ada yang mengambil masa belasan jam.

Hal itu turut telah menarik perhatian ahli parlimen Bentong, YB Young Syefura. Menurutnya, beliau telah menghubungi ANIH, pengendali Lebuhraya Kuala LumpurÔÇôKarak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

Pihak ANIH menyatakan semua mesin untuk selenggara jalan akan dikeluarkan setelah kerja-kerja siap sepenuhnya.

Memetik ciapan terbaharu┬áTwitter @LPTTrafik, pada pukul 1 tengah hari tadi trafik kembali lancar di sepanjang lebuh raya di kedua-dua hala┬áKuala LumpurÔÇôKarak.