Netizen sekolahkan anak MB Kelantan hukum beli barangan tiruan di dalam Islam

Netizen sekolahkan anak MB Kelantan hukum beli barangan tiruan di dalam Islam

“ITU DIOR TIRUAN” -anak MB Kelantan

Baik. Apakah hukum menjual atau membeli barangan tiruan? Aku tak arif bab ini. Jadi aku rujuk & petik pihak yg lebih arif.

1. Kesatuan Fiqh Sedunia:
“Setiap syarikat mempunyai hak terhadap nama perniagaannya kerana dia boleh mendapatkan manfaat daripada harta miliknya. Orang yang menjual barang tiruan telah mengambil manfaat daripada nama jenama tersebut sekalipun kualiti tidak sama. Hal ini boleh menyebabkan nama produk tersebut jatuh. Isu ini bukan hanya melibatkan penjual sahaja tetapi termasuk juga pembeli. Kedua-duanya telah berlaku zalim terhadap pemilik jenama walau dengan apa jua alasan, sekalipun untung yang diambil sedikit berbanding untung yang dibuat oleh jenama besar tersebut. Tidak boleh juga menjual barangan tiruan sekalipun ia telah dimaklumkan kepada pembeli.”

2. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan:
“Jika suatu barang itu dipatenkan dan dimiliki hak ciptanya oleh seseorang, maka hendaklah diminta izin daripadanya terlebih dahulu, jika tidak, maka boleh membawa kepada kezaliman mengambil hak orang lain. Aktiviti menjual barang tiruan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 oleh Bahagian Penguat Kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK).”

3. PU Mohd Fakhrurrazi Mohd Hanapi:
“Seseorang itu tetap berdosa kerana memakai barangan tiruan selain perkara itu dikira sebagai mencuri. Dalam kaedah feqah, orang yang mengikut (pengikut) akan mengikut orang yang diikut. Bermakna, jika seorang mengikut orang menipu, maka dia akan mendapat dosa sama seperti orang menipu berkenaan. Sehubungan itu, apa yang perlu dilakukan pengguna adalah perlu memboikot serta tidak lagi membeli barang tiruan.”

Sumber – Facebook