Netizen suka tengok Puteri Sarah & Andi Arsyil live bersama, muka sama jodoh panjang

Netizen suka tengok Puteri Sarah & Andi Arsyil live bersama, muka sama jodoh panjang

 

Sebelum ini, pelakon Puteri Sarah menjelaskan foto tangan seorang lelaki yang dimuat naiknya di Instagram Story adalah milik rakan perniagaannya, Andi Arsyil yang menetap di Jakarta, Indonesia.

Terbaru, mereka berdua sekali lagi mencuri perhatian netizen kerana dilihat mesra sewaktu sesi ‘live’ di media sosial sambil makan durian.

Muka sama

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna di Tiktok, Sarah kelihatan sangat gembira tatkala berada di sisi rakan perniagaannya itu. Lebih mencuri tumpuan, netizen berpendapat wajah mereka berdua sama.

Bukan itu sahaja, netizen sempat berseloroh dan berharap mereka berdua menjalin hubungan yang lebih istimewa berbanding rakan perniagaan sahaja.

Suka tengok dua orang ini. Muka sama jodoh panjang ni pasal dengan Andi. Semoga Sarah bahagia.

@syaz_aa

betul erk Furqon ada yg ckap andi arsyil tu kambarnya..betul atau gak..kalau salah maafin yaa.. nmpk #serasi sgt kan #sweet pulak tu.. moga berjodoh ya kalian #teamputerisarahliyana #orangindonesia #orangmalaysia #putrisarah #putrisarahliyana #furqon #fyp #tiktokmalaysian #tiktokindon #tiktokindonsia🇮🇩

♬ Sayang Sampai Mati – Firman Khan

Terdahulu, ibu kepada dua orang cahaya mata ini berkata, lelaki tersebut merupakan pengasas sebuah produk kecantikan dan mereka berjumpa bagi membincangkan hal perniagaan. Kata Sarah lagi, lelaki terbabit juga merupakan seorang aktor dan mereka tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa.

Disoal mengenai detik pertemuan, aktres berusia 37 tahun itu berkata, dia mengenali lelaki terbabit ketika pergi ke Jakarta atas urusan kerja.