Netizen tak puas hati tengok lelaki ini cedok makanan sambil merokok

Netizen tak puas hati tengok lelaki ini cedok makanan sambil merokok

 

Umum mengetahui bahawa KKM mengenakan larangan merokok di semua restoran dan premis makanan berkuat kuasa 1 Jan 2019. Namun masih ada lagi yang mengingkari peraturan tersebut.

Menerusi klip rakaman yang tular di tiktok @tunteja11, dapat dilihat seorang lelaki yang dikaburkan mukanya sedang merokok sambil mencedok makanan. Perbuatan tersebut dilihat sangat biadap kerana boleh menyebabkan habuk rokok itu jatuh pada makanan. Situasi tersebut juga telah mengundang perasaan tidak puas hati dalam diri netizen yang melihat. Pemilik vide tidak menegur kerana dia tahu perokok memang tidak boleh ditegur.

Maaf cakaplah ye…Tau Encik “PEROKOK TEGAR” tapi yang ni aku TERPALING tak boleh terima!!! Apalah salahnye sebelum nak ambil makanan kat tempat awam Encik matikan dulu rokok tu…Haihhh…aku geram je tengok kau cedok makanan dengan rokok kat mulut pastu dengan habuk rokok hampir jatuh dalam makanan lagi..Tolonglah jaga kebersihan bersama ye Encik Encik “PEROKOK TEGAR”.Sekian Terima Kasih.

orang gini kita sound,dia sound balik tuan.nak² yang sound tu perempuan..

ramai yg cakap kenapa tk tegur depan2..perokok ni mana boleh kene tegur.. confirm melenting..lg plak akak ni bukn tokey kedai.. confirm begaduh pnya.

Ramai juga yang tidak puas hati melihatkan situasi tersebut.

“kalau Sy jd akk..terus Sy sound je akk…geram lak tgk..yg onwer kdai ny pn ta kn ta ley tgur kot..hadoii”

“kannn…biar je tunjuk muka dia.tak yah nk tutup tutup.”

“mmg salah klau merokok ditempat awam..lebih2 lagi kedai makn..takn nk boh signboard kot..!”

@lzl : Owner kdai ptut nye tgur o halau

@🇱 🇪 🇴 _86 : nnti dia jawab tak nyala pun,saja² letak kat muncung,mak marah klu hisap rokok

@Siti Rokiah : klau kita tngh ambik lauk. dgr orng bersin tk tutup mulut .rasa mcm tk jdi dh nk mkn

@user5700383491242 : Abuk rokok blh jatuh… baunya pon blh ubah tu aroma makanan

@jacksonleo : x prnh jmpa lg stakat nie..klu jmpa auto tegur dh buat live siap..

@gagak : nape kasi blur bagi lah tgk muka dia baru kenal

@Fara mansor : Terus send video ni kat wassap kkm

@AkuHambaNYA3401 : tegur jer..aku pernah tegur org mcm tu…melawan cari paaal la jawabnya