New Balance hentikan jualan salah satu kasut kerana mengandungi kulit babi

New Balance hentikan jualan salah satu kasut kerana mengandungi kulit babi

 

Jenama kasut sukan terkemuka, New Balance Malaysia mengumumkan akan menarik balik dan menghentikan penjualan salah satu kasutnya di negara ini buat sementara waktu selepas mengesahkan sebahagian kecil daripada kasut itu mengandungi material kulit babi.

Dalam satu kenyataan semalam, syarikat kasut dan pakaian sukan antarabangsa itu berkata pihaknya telah menyiasat secara menyeluruh bahan kasut model bernombor U990TA4 selepas menerima beberapa pertanyaan berhubung komposisi materialnya.

366330280 6670845432973098 3588327329757110059 N

“Ketepatan dan ketelusan adalah penting kepada pasukan kami di New Balance dan kami memohon maaf kepada mana-mana pelanggan yang menerima maklumat tidak tepat daripada pasukan kami.”

Syarikat itu juga menegaskan bahawa mereka akan bertanggungjawab sepenuhnya atas kelemahan komunikasi ini dan komited untuk menyediakan “penyelesaian yang memuaskan” untuk pelanggan yang terjejas.

366531535 307515181755839 5719879956443828464 N

Sehubungan itu, syarikat itu mengumumkan bahawa pelanggan yang telah membeli kasut U990TA4 daripada New Balance Malaysia, Crossover dan ATMOS KL, sama ada di dalam kedai atau melalui laman web berhak mendapat pertukaran produk atau bayaran balik penuh di mana-mana kedai New Balance di Malaysia, kecuali daripada Factory Outlet.

Pertukaran produk atau bayaran balik penuh ini berkuat kuasa serta-merta dan sah sehingga 3 bulan.

Tambahan pula, New Balance Malaysia telah menarik balik dan menghentikan penjualan model kasut itu, mereka turut memaklumkan rakan kongsi dan pengedarnya untuk melakukan perkara yang sama sehingga pelabelan dikemas kini.