Ngeri! Bau busuk yg dihidu jiran akhirnya terbongkar, kematian tragis wanita temui punca mengejutkan

Ngeri! Bau busuk yg dihidu jiran akhirnya terbongkar, kematian tragis wanita temui punca mengejutkan

MAYAT seorang wanita ditemui telah dimakan anjing di rumahnya sendiri, berikutan aduan tentang bau busuk oleh jiran terdekat.

Ketika memasuki rumah tersebut pada 31 Disember, mereka menemui mayat Ana Inés de Marotte, yang sebahagiannya telah dimakan oleh lima ekor anjing miliknya.

Polis dipanggil ke sebuah rumah di kawasan kejiranan Lapangan Terbang, di bandar Santa Rosa, Argentina berikutan laporan jiran mengenai “bau mual” yang datang dari rumah itu selama seminggu.

Kejadian berlaku di Santa Rosa, Argentina.
Wanita berusia 67 tahun itu telah diisytiharkan hilang pada minggu kedua Disember, tetapi ditemui di Sanatorium Santa Rosa dan dibebaskan pada hari yang sama.

Menurut akhbar tempatan, Cortez menjelaskan bahawa wanita itu telah pergi ke Sanatorium Santa Rosa untuk merawat keadaan perubatan, dan dia sendiri telah dimasukkan tanpa mempunyai saudara mara di bandar itu.

Pendakwaraya Óscar Alfredo Cazenave mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat jantung terhenti mengejut atau sudden cardiac arrest (SCA) dan anjing itu telah memakan sebahagian muka dan telinga selepas kematiannya.