Ngeri! Video penumpang Yeti Airlines buat live Facebook sebelum pesawat terhempas di Nepal tular

Ngeri! Video penumpang Yeti Airlines buat live Facebook sebelum pesawat terhempas di Nepal tular

 

Dunia baru-baru ini telah digemparkan dengan tragedi nahas pesawat terhempas di Nepal yang telah mengorbankan semua penumpang dan anak kapal di dalamnya.

Penerbangan pesawat Yeti Airlines itu dilaporkan mengalami masalah teknikal kerana cuaca buruk sebelum terhempas di kawasan berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Pokhara, Nepal.

Malah, video memaparkan saat terakhir penumpang pesawat itu sebelum terjunam juga telah menjadi tular di media sosial.

Dalam video tersebut, seorang penumpang bernama Sonu Jaiswal sedang melakukan penstriman video (Facebook Live) ketika berada dalam pesawat dan secara tiba-tiba skrin telefon bimbit Sonu bertukar warna merah dan jingga disusuli bunyi jeritan penumpang dan dentuman pelanggaran pesawat.

Namun, kesahihan video tidak dapat dipastikan sama ada benar ataupun tidak.

Manakala dalam satu hantaran video yang didakwa daripada insiden yang sama, pesawat berkenaan dilihat terbang dalam keadaan terbalik dan hilang kawalan sebelum merempuh gaung di kawasan lapangan terbang itu.

Seorang penduduk tempatan, Khum Bahadur berkata dia menyaksikan dari bumbung rumahnya ketika pesawat itu cuba mendarat namun gagal.

Info tambahan, tragedi buruk itu telah mengorbankan sekitar 72 orang termasuk anak kapal dan ia dilaporkan terhempas sekitar jam 10.50 pagi semalam (waktu tempatan).