Niat 20 lelaki lembut berhibur menyambut Halloween musnah selepas ditahan polis dalam serbuan di KL

Niat 20 lelaki lembut berhibur menyambut Halloween musnah selepas ditahan polis dalam serbuan di KL

Seramai 20 lelaki berperwatakan wanita yang sedang berhibur sempena pesta Halloween ditahan dalam satu serbuan ke atas sebuah kelab malam di Jalan Sultan, di sini pada Sabtu.

Memetik Sinar, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, serbuan itu dijalankan menerusi Op Bersepadu bermula jam 10 malam bersama JAWI dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Seramai 62 warga tempatan iaitu 53 lelaki dan sembilan wanita berusia lingkungan 19 hingga 57 tahun telah diperiksa.

“Seramai 20 lelaki tempatan berusia lingkungan 22 ke 34 tahun telah dibawa balik Bahagian Penguat Kuasa JAWI kerana di samping berpakaian wanita mereka juga berlagak seperti wanita,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Noor Dellhan berkata, kesemua individu terbabit ditahan mengikut Seksyen 28 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.

Katanya, pihak polis sedang menjalankan siasatan sama ada pesta berkenaan ada melibatkan kegiatan lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT).

 

Sementara itu, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi menahan dua lelaki tempatan berusia 27 dan 29 tahun ditahan kerana didapati positif dadah jenis Tetrahydrocannabinol (THC).