Niat nak buat surprise, lelaki terkejut tunang ‘menyedap’ dengan pelatih pramugara

Niat nak buat surprise, lelaki terkejut tunang ‘menyedap’ dengan pelatih pramugara

 

Tak dinafikan, berita tentang perselingkuhan sejak kebelakangan ini semakin menjadi-jadi. Saban hari, ada sahaja individu mahupun yang berstatus selebriti dedahkan sikap tidak setia pasangan hingga menyebabkan retaknya hubungan yang dibina sekian lama.

Niat buat surprise…hati siapa tak luluh bila tunang sendiri ‘kantoi’ tidur dengan lelaki lain

Semalam, niat pemuda dikenali sebagai Mathaeiou Salvatore yang sanggup travel dari Sabah ke KL semata-mata buat kejutan untuk tunangnya bertukar buruk.

Tanpa disangka-sangka, hatinya luluh sejurus mendapati wanita tersebut tidur sebilik dengan seorang lelaki lain.

Patutlah cepat berubah sikap…orang suruh training, bukan derma tubuh dengan lelaki lain

Kata Mathaeiou, tunangnya disedari mula berubah kelakuan serta cara percakapan sejak bergelar pelatih pramugari.

Akan tetapi, dia langsung tidak terlintas wanita tersebut rupanya dalam diam menjalin hubungan lain dengan seorang lagi trainee di sana juga.

Susulan itu, pemuda ini berharap agar kedua-dua individu terbabit dikenakan tindakan tatatertib atas kesalahan mereka.

Bertahun-tahun hubungan lesap macam tu je…rupanya prasangka buruk saya jadi kenyataan

Mathaeiou turut berasa kesal, apabila tunangnya seolah-olah tidak memikirkan langsung segala usaha dan pengorbanan yang diberikan selama ini.

Bagaimanapun, dia tetap berasa lega segalanya terbongkar sebelum melangkah masuk ke fasa alam perkahwinan.