Nik Amar tinggalkan mangsa banjir untuk berkempen di Johor

Nik Amar tinggalkan mangsa banjir untuk berkempen di Johor

Dunia maya dikejutkan dengan sekeping gambar yang tular melibatkan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Nik Amar hadir ke program Majlis Pelancaran Ikrar Perikatan Nasional sempena PRN Johor.

Ini selepas Kelantan, Terengganu dan Pahang ketika ini mengalami banjir besar yang agak teruk sehingga memaksa rakyatnya dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan ketika ini.

Dalam hantarannya di media sosial, dia menulis…

“Tuan Guru Hj Nik Amar dilihat berada dalam Majlis Pelancaran Ikrar PN pagi tadi.

Ertinya……, banjir di Kelantan tu kecil saja, tak dak kesan apa pun.

Jeming Hassan kata banjir teruk sangat, Nik Amar santai saja di JB”.

Sebelum ini, Ismail Sabri pernah mengarahkan menteri dan pegawai kerajaan yang berada di luar negara segera pulang dan bersama-sama menghadapi musibah banjir besar Selangor, hujung Disember lepas.

Sikap yang ditunjukkan Nik Amar ini jelas sama sekali berlawanan dengan arahan PM sebelum ini, malah ianya sangat memalukan apabila sanggup mengutamakan hal politik ketika penduduknya sedang berdepan musibah.

Sumber – Facebook Ridzwan Abu Bakar