Nombor ekor makin kerap, Pas membisu!

Nombor ekor makin kerap, Pas membisu!

Kerajaan Perikatan Nasional secara senyap-senyap telah meningkatkan kekeralan cabutan khas nombor ramalan 4 digit daripada 8 kali setahun pada tahun ini kepada 22 kali pada tahun hadapan.

Berbeza sewaktu Pakatan Harapan setelah menjadi kerajaan telah mengurangkan kekerapan cabutan khas nombor ramalan 4 digit sebanyak 2 kali iaitu pada tahun 2018, dikurangkan daripada 22 kepada 11, dan sekali lagi pada tahun 2020 daripada 11 kepada 8 kali cabutan sahaja setahun.

Perikatan Nasional khususnya PAS pada waktu itu, siang dan malam membuat propaganda bahawa Pakatan Harapan membiarkan aktiviti judi berleluasa, sedangkan Pakatan Harapan mengambil langkah sebaliknya.

Kini setelah Perikatan Nasional menjadi kerajaan, cabutan nombor ramalan ini dinaikkan 2 kali ganda. Dan PAS membisu dalam isu ini seolah-olah menghalalkan keputusan yang dibuat bersama Perikatan Nasional.

Ramai yang terlibat dengan aktiviti nombor ramalan ini adalah golongan B40. Lebih-lebih lagi, dalam situasi pandemik sekarang, rakyat tertekan dengan pendapatan yang semakin berkurangan. Dalam keadaan tertekan, tidak mustahil mereka mencuba nasib melalui nombor ramalan dengan harapan memperoleh habuan lumayan. Kesannya ramai yang akan ketagih kepada aktiviti perjudian dan memberi kesan kepada masalah sosial yang lain.

Adakah ini yang Muhyiddin inginkan? Kami menggesa Kerajaan Muhyiddin segera menarik balik keputusan meningkatkan cabutan nombor ramalan dan mengurangkan kekerapan cabutan khas nombor ramalan.

Muhamad Khairul Bin Mohd Ali
Naib Ketua Pemuda AMANAH Nasional