Noor Hisham cadang parlimen ditutup 2 minggu elak risiko Covid-19

Noor Hisham cadang parlimen ditutup 2 minggu elak risiko Covid-19

Parlimen digantung selama dua minggu bermula 29 Julai, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambilkira hasil penilaian risiko semasa dan bagi mencegah penularan jangkitan Covid-19 dari berlaku di bangunan Parlimen.

“Maka KKM telah mencadangkan agar semua sesi mesyuarat termasuk Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan dan Pilihan Khas Parlimen serta pembentangan yang dirancang di Parlimen atau yang melibatkan individu yang berada di Parlimen pada 26 Julai sehingga 29 Julai 2021 ditangguhkan sementara waktu untuk tempoh dua minggu bermula dari 29 Julai .

“Penilaian risiko kejadian jangkitan Covid-19 di Parlimen akan dinilai semula dari semasa ke semasa,” katanya dalam satu kenyataan.

Sumber – FMT