Noor Kartini terima 100 kuntum bunga dan ‘surprise trip’ ke Maldives daripada suami

Noor Kartini terima 100 kuntum bunga dan ‘surprise trip’ ke Maldives daripada suami

 

Ibu kepada selebriti dan usahawan Neelofa iaitu Datin Noor Kartini serta suami Datuk Abdul Halim Khan baru-baru ini menyambut ulang tahun perkahwinan mereka.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Noor Kartini meluahkan rasa terharu apabila suaminya memberi hadiah dan kejutan sempena sambutan ulang tahun perkahwinan mereka.

Pada 15.5.2024 adalah hari ulangtahun perkahwinan saya dan suami. Pada pagi tersebut saya terima 100 kuntum jambangan ros yang mekar indah dari suami tersayang dengan sekeping kad ucapan yang sangat menyentuh hati dengan terasa kasih sayang yang abadi, Alhamdulillah.

Hari ini suami buat surprise, nak bawa sambut ulang tahun perkahwinan. Sampai di lapangan terbang kita check in. Masya-Allah, destinasi yang memang menjadi impian saya.

@noorkartini66

Terima kasih Allah dengan karunia setiap aturanmu yang indah untuk aku nikmati, yang perit untuk menjadikan aku seorang yang tabah dan kuat. Aku yakin dengan sabar itu indah,Alhamdulillah. Terima kasih suamiku untuk kejutan ulang tahun perkahwinan kita. Happy anniversary sayang ❤️ #surprise #anniversary

♬ original sound – Noor Kartini Noor Mohamed – Noor Kartini Noor Mohamed

Ibu kepada sembilan orang anak ini juga turut membuat room tour untuk berkongsi pengalaman menginap di villa di atas air.

Dalam pada itu, usahawan berusia 57 tahun ini sempat menitipkan pesanan tentang asam garam rumah tangga menerusi hantaran lain yang dimuat naik di TikTok.

Hidup ini tidak semua indah, ada pahit ada manis tapi ingat tujuan hidup kita adalah ingin bahagia. Maka baiki kesilapan kita bersama untuk menuju tujuan hidup berpasangan, insya-Allah kita akan bertemu dengan titik bahagia. Amin.

Menurut Kartini, setiap pasangan suami isteri haruslah bersabar dengan ujian dalam rumah tangga.

Dalam perkahwinan ni banyak cabaran dan ujian. Ada kaum kerabat yang suka kita ada yang tak suka. Saya selalu cakap kat diri saya sendiri yang aku tak kisah siapa suka atau tak suka yang penting suami kita cinta dan kasih pada ku. Orang kelling yang tak suka aku itu tak penting bagi ku. Kalau nak layan kerabat yang tak suka nanti kita yang derita.

Jadi pesanan saya pada yang baru berumah tangga, sabarlah dengan ujian dan cabaran seperti ini kerana suami kita akan menilai sendiri siapa isterinya yang sebenar. Dan ingat sabar itu indah.

Sementara itu, Kartini juga percaya bahawa media sosial boleh memberi impak kepada pasangan suami isteri.

Jangan terpedaya dengan media sosial sebab dekat sini kita akan muat naik yang indah dan manis. Ibarat lidah dengan gigi tergigit apa lagi suami isteri. Tapi itulah kemanisan dalam rumah tangga.

Untuk info, sepanjang mendirikan rumah tangga, pasangan ini dikurniakan seramai empat orang cahaya mata.

Noor Kartini sebelum itu pernah berkahwin dan hasil perkahwinan terdahulu dia mempunyai lima orang anak.