Noor Kumalasari tergamam dengar suara Kak Nita selepas 10 tahun tak berbual, dedah jalani hidup sebagai orang biasa di Las Vegas

Noor Kumalasari tergamam dengar suara Kak Nita selepas 10 tahun tak berbual, dedah jalani hidup sebagai orang biasa di Las Vegas

 

Dengar sahaja lagu ‘Seksis’ sudah pasti personaliti berani dan lantunan suara hebat milik Anita Sarawak berlegar di kepala.

Siapa sangka hampir 13 tahun penyanyi hebat itu telah membawa diri dan menetap di Las Vegas bersama suami tercinta.

Terbaru, adiknya Noor Kumalasari telah berkongsi detik perbualan bersama kakaknya setelah sekian 10 tahun tidak berhubung.

Kehidupan Anita

anita

Menurut bintang veteran itu, Aidilfitri tahun ini lebih bermakna apabila panggilan yang dinantikan bertahun-bertahun dari kakaknya diterima pada Syawal pertama.

Memang saya sangat merindui Kak Nita. Inilah berkat bulan Syawal yang mulia apabila doa dimakbulkan Allah. Alhamdulillah, dapat juga saya berbual dengan Kak Nita, bergelak ketawa, usik mengusik dan berkongsi pelbagai cerita selama setengah jam.

Kumalasari juga berkongsi kakaknya kini menjalani kehidupan seperti orang biasa dan bukan lagi seorang artis di sana.

Namun, Kak Nita berkongsi, dia belum bertudung dan penampilan tetap sama, cuma badannya agak berisi. Pada usia 71 tahun, Kak Nita merasakan kehidupannya kini lebih tenang dan relaks tanpa terikat dengan tuntutan kerja.

Tambahan, dia juga memberitahu kakaknya pernah cuba menghantar mesej dan membuat panggilan kepadanya namun tidak mendapat sebarang jawapan.

Kak Nita beritahu ada menghubungi saya untuk mengucapkan selamat hari ulang tahun seperti kebiasaannya, tetapi saya tidak menjawab panggilan. Saya pula katakan ada menghantar mesej kepadanya, tetapi tiada balasan. Pusing-pusing itulah cerita yang kami persoalkan selama beberapa minit.

Benarlah bak pepatah Melayu, air yang dicincang tidak akan terputus.