Noorkhiriah sekolahkan isteri kedua Abang Tesla

Noorkhiriah sekolahkan isteri kedua Abang Tesla

 

Pelakon Noorkhiriah terpanggil untuk mengulas mengenai kisah tular seorang pempengaruh media sosial yang sinonim dengan konten kereta iaitu Abang Tesla yang mengumumkan telah bernikah sekali lagi, baru-baru ini.

Elak poligami

Menerusi hantaran di Instagram Story, Noorkhiriah berkata meskipun dia tidak duduk di tempat isteri pertama Abang Tesla, namun dia dapat merasai kesakitan yang dialami wanita itu.

Tak nak ambil tahu sebenarnya tapi hati ini macam terbuku kalau tak dilepaskan.

Zaman dulu kalau nak kahwin dua, tiga, empat punyalah takut. Simpan selagi boleh simpan. Zaman sekarang siap boleh buat konten, jangalah macam itu.

Walaupun saya bukan duduk di tempat wanita itu (isteri pertama), tapi saya dapat rasa betapa retaknya hati dia sampailah nanti dia akan dapat satu kekuatan satu masa nanti untuk berfikir.

Menurut Noorkhiriah lagi, dia percaya jodoh dan ajal adalah ketetapan Allah S.W.T. Namun sekiranya poligami itu boleh dielakkan, lebih baik dijauhi.

Dalam masa sama, aktres berusia 46 tahun itu turut menasihati golongan wanita yang memegang status sebagai isteri kedua agar tidak berasa bangga.

Apa yang jadi ini jadikan pengajaran untuk rumah tangga kami (Noorkhiriah dan suami), walaupun jodoh dan ajal di tangan Allah.

Selagi boleh elak dan usaha insya-Allah, sama-samalah kita cuba dan wanita janganlah mudah sangat. Pantang nampak kaya sikit dan ketar kepala lutut.

Bab rupa tak mahu komen itu kejadian Allah, cuma yang menghancurkan rumah tangga orang lain adalah kaum sendiri.

Walaupun isteri pertama kata setuju tapi itulah… Apa pun didoakan semoga baik-baik sahaja. Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian.

Cuma nak pesan jangan bangga sangat, ada hati yang menderita. Maaf andai tulisan ini salah, memang salah pun campur hal orang lain, tapi sebab saya geram.

Pada Jumaat lalu, Abang Tesla mengejutkan pengikutnya apabila mengumumkan telah bernikah sekali lagi. Menurut Abang Tesla, dia telah mendapat restu daripada isteri pertama dan akui reda dengan keputusan suaminya berkahwin seorang lagi.