Ops Bunyi Bising : Muhyiddin mungkir janji

Ops Bunyi Bising : Muhyiddin mungkir janji

Muhyiddin dalam perutusan setahun Perikatan Nasional kelmarin membangkitkan antara lainnya keberkesanan penyampaian bantuan kepada mereka yang terjejas.l dengan pandemik Covid -19 ketika ini.

Namun realitinya, rakyat semakin dibebankan dengan pelbagai tindakan mengarut dari pihak kerajaan.

Terbaharu yang sedang hangat ketika ini, operasi yang dilakukan oleh pihak JPJ dan PDRM menggandakan usaha membenteras salah laku pengguna kenderaan yang menyalahi undang-undang dengan memiliki bunyi eksoz yang bising.

Benar, kesalahan tetap satu kesalahan. Namun mengambil kira kesukaran rakyat ketika Covid-19 ini, yang sudah tentu mengambil kira setiap perbelanjaan bagi kegunaan yang lebih penting, sudah tentu tindakan saman dan sita kenderaan yang salah dilihat satu tindakan yang tidak wajar.

Bayangkan kenderaan yang digunakan bagi mencari sesuap nasi buat keluarga tiba-tiba disaman dan disita? Tidakkah ianya tidak masuk akal. Sudahlah duit yang diperolehi hasil berkerja pun tidak berapa banyak, tiba-tiba duit tersebut perlu dihalakan pula ke pihak penguatkuasa demi melepaskan kenderaan tersebut keluar dari tempat sitaan.

Bertambah pelik, operasi hanya menyasarkan pemilik kenderaan dan bukannya pemilik kedai aksesori yg membekalkan barangan tersebut. Sepatutnya jika ingin mencegah, lakukan perkara yang sama seperti dilakukan terhadap masalah dadah. Penagih kena, pengedar pun kena. Ini tidak, hanya pengguna kenderaan sahaja yg dikenakan, pembekal aksesori seringkali dibiarkan lepas tanpa tindakan.

Adakah Muhyiddin atau menteri kesayangannya, Hamzah Zainuddin tidak mampu berfikir masalah ini? Tidak bolehkah kerajaan hari ini memberikan lebih tumpuan kepada kesusahan rakyat, berbanding menyusahkan rakyatnya? Mana janji anda untuk memberi lebih baik kepada rakyat sewaktu merampas kerajaan dulu???