Over sangat nak tunjuk badan langsing, bekas isteri Hafidz Roshdi dikecam pakai baju ketat sampai melekap di punggung

Over sangat nak tunjuk badan langsing, bekas isteri Hafidz Roshdi dikecam pakai baju ketat sampai melekap di punggung

 

Nurul Shuhada Mat Shukri atau Shu, bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi kini dilihat bahagia menjalani kehidupannya selepas perpisahan mereka.

Dia juga dilihat sering berkongsi journey penurunan berat badannya namun video dimuat naiknya semalam mengundang kritikan warganet.

Menerusi hantaran di Instagram, Shu berkongsi video dirinya menggayakan outfit hitam dan putih ketika berjalan di bandar Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, ia menimbulkan rasa kurang senang sesetengah pengikutnya di laman sosial itu yang menegur cara pemakaian Shu.

Ada yang menasihati Shu tidak perlulah memakai pakaian yang ketat hanya demi untuk membuktikan badannya kini sudah langsing.

Rata-ratanya memuji kecantikan Shu namun kata mereka lebih elok dan manis jika pakaiannya dilonggarkan serta menutup aurat.

komen shu