“Kenapa tak cerita perkara sebenar?”
Individu itu juga bertanya kenapa dia perlu burukkan sahabat demi kepentingan diri sendiri.

Dia bagaimanapun tetap menyokong penuh Shuib walau apa pun yang berlaku. Hantaran yang sama turut dimuat naik ke laman TikTok.
Di ruangan kapsyen, dia berharap video itu muncul di ruangan FYP ahli kumpulan Sepahtu yang dimaksudkan.

Di ruangan komen, pelbagai respon yang diterima daripada netizen.
Ada yang tertanya-tanya apa sebenarnya isu yang berlaku di antara dua pelawak terkenal itu sehingga mereka tak lagi bersama dalam satu kumpulan.



Tak kurang juga yang menasihati individu ini supaya bersabar dan biar dua sahabat ini menyelesaikan sendiri masalah di antara mereka.
@shafiqabuuu Moga masuk fyp dia 😪